Adsterra

Selasa, 30 Mei 2023

Happy Birthday Tokma

Assalamualaikum, hari ini kami menyambut Hari Jadi Tokma yang ke 68.
Begitu banyak kisah tentang kasih sayang Tokma kepada cucunya. Oleh karena itu, kami tidak lupa memberikan ucapan ulang tahun untuk Tokma tersayang pada hari istimewanya. Tokma adalah orang yang telah berjuang keras untuk merawat dan membesarkan orang tua kami. 
Tokma pun ikut merawat kami ketika kami kecil. Namun, kami sering hanya sekali sekala menjenguk Tokma. Lebih sering menjenguk Tokma dan memberikan perhatian pada hari ulang tahunnya tentu akan membuat Tokma merasa berbahagia.
Kami semua mencintai dan menyayangi Tokma. Doa kami semoga Tokma panjang umur, selalu sihat lahir dan batin, selalu taat beribadah kepada Allah. 
Selamat ulang tahun ke-68, Tokma. Terima kasih atas semua kebaikan dan kasih sayang Tokma. Semoga Tokma selalu sihat dan bahagia. Aamiin.
Hubungan antara seorang Tokma dan cucunya tidak dapat dijelaskan. Dia adalah sumber cinta, penjagaan, keseronokan, dan banyak lagi perkara istimewa yang lain.
WE LOVE YOU TOKMA

Ahad, 21 Mei 2023

Walimatul Urus Siti Norhanis Dan Ismail

 Assalamualaikum, hari ini kami berpeluang meraikan Sepasang Mempelai Raja Sehari bertempat di dewan Eco Sanctuary, Telok Panglima Garang.
Tahniah diucapkan kepada ke 2 mempelai iaitu Siti Norhanis dan pansangnya Ismail semoga berkekalan sehingga ke anak cucu. 
Jumpa sanak-saudara dan sahabat-handai, berborak dan bercerita penuh gembira.
Pastinya penting bagi umat Islam untuk mendapat redha Allah SWT dalam proses perkahwinan. Kita berminta kepada Yang Maha Esa untuk melindungi serta merahmati sesi hidup seharian kita. 
“Semoga Allah memberi berkat kepadamu dan atasmu serta mengumpulkan kamu berdua dalam kebaikan. Amin“


Rabu, 17 Mei 2023

Jamuan Hari Raya Sekolah Agama

 

Assalamualaikum, Jamuan Hari Raya di Sekolah Agama sungguh meriah sekali sambutannya.
Beraneka jenis menu hidangan yang menyelerakan dihidangkan kepada kami sekelas.
Hari Raya Aidilfitri umat Islam akan bertakbir dan bertahmid sambil memuji kebesaran Allah.
Amalan lazim antara amalan yang dilakukan pada Hari Raya Aidilfitri ialah amalan berziarah. Amalan ini adalah bertepatan dengan suruhan agama Islam itu sendiri.
Kami sekelas akan bermaaf-maafan dan melupakan kesilapan yang lampau. 


Pada asasnya, Hari Raya adalah hari untuk bergembira, bermaaf-maafan, dan hari untuk mengeratkan tali persaudaraan di kalangan umat Islam di samping meraikan kejayaan beribadah kepada Allah.
Rumah terbuka akan diadakan pada Hari Raya itu sendiri ataupun sepanjang bulan Syawal.
Kemeriahan Hari Raya Aidilfitri selalunya akan berpanjangan sehingga sebulan, dan kemeriahan itu akan hilang dengan sendirinya apabila semua orang pulang ke bandar setelah cuti tamat.
Inilah dia rakan sekelas kami dari 6 Redha
Syukur kepada Allah kerana kami dapat meraikan dengan penuh kegembiraan.
Hari baik dan bulan baik ini dapat menyatukan kami sekelas dan memberi pengajaran buat kami supaya sentiasa belajar dengan tekun dan rajin supaya berjaya kelak.
Satu kenangan yang indah dan ia tidak akan luput dari ingatan kami sekelas. Terima kasih kepada mereka yang terlibat. 

Apa-apa infomasi boleh tinggal komen di ruang kolum dibawah blog ini untuk maklumat bersama.

Sabtu, 13 Mei 2023

Taiping, Perak

Assalamualaikum, minggu kali ini kami sekeluarga pergi ke Taiping, Perak. Bercuti ke rumah Opah Makde Yam. Kami kesana selama 3 hari 2 malam. Seronok dapat jumpa opah dan beliau sihat sejahtera hendaknya.
Rumah opah takde line telco, terpaksalah kami ke Pekan Batu Kurau untuk menghadiri kelas online waktu itu subjek sains selama 2 jam. Kami singgah di Masjid Batu Kurau kerana disitu ada wakaf yang tersedia. Terima kasih kepada pengurusan masjib membenarkan kami online disitu.
Kami dilayan sangat baik oleh penyelia masjid dan membenarkan kami menggunakan elektrik untuk charge laptop yang kebetulan hampir kehabisan beteri.

Syukur Alhamdulillah kelas online berjalan dengan lancar tanpa ada sekatan line internet.

Selesai kelas online kami membawa Opah dan Tokma keluar pergi makan ikan bakar di restoran terkenal. Menu sangat banyak dan makanan dihidangkan semuanya sedap belaka.

Pengunjung sangat ramai tetapi banyak kerusi dan meja disediakan serta memudahkan pengunjung makan dengan selesa.

Tidak dapat mandi sungai kebetulan air surut di bawah buku lali kaki. Hanya jamu mata melihat permandangan yang indah dan mendamaikan.
Sebelah petang kami kerumah pakcik saudara Tokma beli ikan keli 2 kilo, beliau memang bela dan ternak di dalam kolam depan rumahnya.
Meronda ke Taiping memang satu pengalaman yang menarik dan melihat suasana pembangunan yang sangat pesat dan maju jaya. Indah sungguh Bandar Taiping, Perak.
 

Isnin, 8 Mei 2023

Beraya Kemaman

Assalamualaikum, kami sekeluarga pulang beraya ke Kemaman.
Bermalam di rumah Oma. Terima kasih Oma.
Makan malam yang sungguh istimewa Oma belanja makan sotong bakar.

Singgah ke Pantai Tampin nikmati suasana laut yang damai.

Nyaman bayu laut bertiup meyapu muka kami.
Memang sangat indah Pantai Kemasik.
Cuaca sangat baik dan cerah sepanjang masa.
Menu utama kalau balik ke Kemaman. Sedap dan lazat.
Tidak lupa singgah ke kubur melawat arwah Wan Hasiah Binti Ali ibu Chek yang dicintainya. Al-Fatihan untuk Wan yang dikasihi. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan nikmat oleh Allah dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Pusara Wan , terpancar kesedihan dan kerinduan mendalam pada raut wajah Chek, Chek banyak sembunyikan perasaannya,
Semoga ahli kubur di sini di tempatkan di taman-taman syurga.

Sepupu saya dan anak buah Chek yang baru pertama kali bersua muka. Comel dan baik orangnya.

 

Selasa, 2 Mei 2023

The Super Mario Bros. Movie 2023

Assalamualaikum, kami sekeluarga telah berkesempatan untuk menonton filem permainan video yang amat dinantikan, iaitu The Super Mario Bros. Movie (2023) pada Selasa lalu di Sunway Piramid.
Kami beli tiket online dan tidak perlu untuk beratur panjang di kuanter tiket. Orang memang ramai kebetulan filem ini baru dikeluarkan dan memdapat sambutan hangat penonton.
Secara keseluruhannya, filem The Super Mario Bros. Movie ini merupakan filem yang sesuai ditonton di cuti panjang sempena musim perayaan ini. Filem ini membuatkan kami terasa ingin bermain semula game Super Mario Bros.
Watak Mario dan Luigi, memang gempak dan best begitu juga penampilan watak-watak lain juga tidak kurang hebatnya. Kami bagi 10 bintang.
Paling mencuri tumpuan sudah tentunya watak Bowser (lakonan suara oleh Jack Black). Awalnya tampil ganas, namun ada sisi kelakar ditampilkan untuk watak ini, menyebabkan penonton tak kering gusi dengan keletahnya.
Filem The Super Mario Bros. Movie ini sememangnya amatlah dinantikan. Dan ternyata, filem ini tidak mengecewakan! Terbaik.

 

Bazar Hari Raya Aidilfitri 1444