Assalamualaikum, Jamuan Hari Raya di Sekolah Agama sungguh meriah sekali sambutannya.
Beraneka jenis menu hidangan yang menyelerakan dihidangkan kepada kami sekelas.
Hari Raya Aidilfitri umat Islam akan bertakbir dan bertahmid sambil memuji kebesaran Allah.
Amalan lazim antara amalan yang dilakukan pada Hari Raya Aidilfitri ialah amalan berziarah. Amalan ini adalah bertepatan dengan suruhan agama Islam itu sendiri.
Kami sekelas akan bermaaf-maafan dan melupakan kesilapan yang lampau.
Rumah terbuka akan diadakan pada Hari Raya itu sendiri ataupun sepanjang bulan Syawal.
Kemeriahan Hari Raya Aidilfitri selalunya akan berpanjangan sehingga sebulan, dan kemeriahan itu akan hilang dengan sendirinya apabila semua orang pulang ke bandar setelah cuti tamat.
Inilah dia rakan sekelas kami dari 6 Redha
Syukur kepada Allah kerana kami dapat meraikan dengan penuh kegembiraan.
Hari baik dan bulan baik ini dapat menyatukan kami sekelas dan memberi pengajaran buat kami supaya sentiasa belajar dengan tekun dan rajin supaya berjaya kelak.
Satu kenangan yang indah dan ia tidak akan luput dari ingatan kami sekelas. Terima kasih kepada mereka yang terlibat.
Apa-apa infomasi boleh tinggal komen di ruang kolum dibawah blog ini untuk maklumat bersama.

.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)

.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan