Adsterra

Sabtu, 13 Mei 2023

Taiping, Perak

Assalamualaikum, minggu kali ini kami sekeluarga pergi ke Taiping, Perak. Bercuti ke rumah Opah Makde Yam. Kami kesana selama 3 hari 2 malam. Seronok dapat jumpa opah dan beliau sihat sejahtera hendaknya.
Rumah opah takde line telco, terpaksalah kami ke Pekan Batu Kurau untuk menghadiri kelas online waktu itu subjek sains selama 2 jam. Kami singgah di Masjid Batu Kurau kerana disitu ada wakaf yang tersedia. Terima kasih kepada pengurusan masjib membenarkan kami online disitu.
Kami dilayan sangat baik oleh penyelia masjid dan membenarkan kami menggunakan elektrik untuk charge laptop yang kebetulan hampir kehabisan beteri.

Syukur Alhamdulillah kelas online berjalan dengan lancar tanpa ada sekatan line internet.

Selesai kelas online kami membawa Opah dan Tokma keluar pergi makan ikan bakar di restoran terkenal. Menu sangat banyak dan makanan dihidangkan semuanya sedap belaka.

Pengunjung sangat ramai tetapi banyak kerusi dan meja disediakan serta memudahkan pengunjung makan dengan selesa.

Tidak dapat mandi sungai kebetulan air surut di bawah buku lali kaki. Hanya jamu mata melihat permandangan yang indah dan mendamaikan.
Sebelah petang kami kerumah pakcik saudara Tokma beli ikan keli 2 kilo, beliau memang bela dan ternak di dalam kolam depan rumahnya.
Meronda ke Taiping memang satu pengalaman yang menarik dan melihat suasana pembangunan yang sangat pesat dan maju jaya. Indah sungguh Bandar Taiping, Perak.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan