Pejam celik, Aidilfitri kembali lagi. Tahun ini, tanggal 29 Mac 2025, kami memulakan perjalanan pulang ke kampung halaman di Perak untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri 1446 Hijrah.
Tiada apa yang dapat menandingi perasaan teruja bila menghampiri halaman rumah Opah!
Sehari Sebelum Raya: Gulai Kawah & Cahaya Pelita.
Suasana di kampung sudah mula meriah bila tiba petang akhir bulan puasa lagi. Opah dan Tok Ma sibuk di dapur menyiapkan Gulai Kawah yang aromanya membangkitkan selera satu rumah.
Petang itu, Abang Jebat menjadi watak utama dalam memeriahkan suasana dengan memasang pelita di sekeliling rumah dan bermain bunga api. Bunyi mercun yang berdentum di langit malam raya melengkapkan lagi tradisi "malam tujuh likur" kami!
Kemuncak hari selepas Mahgrib sudah tentulah sesi makan malam berbuka puasa di luar rumah Opah. Dengan meja yang panjang dan menu yang pelbagai, kami makan beramai-ramai di bawah tiupan angin malam kampung. Memang syok!
Keluarga Cik Ed & Cik As: Bersama Abang Iqbal, Kakak Umairah, Kakak Sofena, dan Kakak Qalisya.
Keluarga Paksu & Maksu: Bersama Abang Jebat dan Kakak Jiha.
Mak Teh & Makcik Ina: Bersama Kakak Mustafazah.
Sementara itu, kami sempat singgah ke Bazar di Taiping untuk mencari kelengkapan terakhir.
1 Syawal: Kemaafan & Air Mata Kegembiraan.
30 Mac 2025 – Syawal menjelma. Pagi yang mulia dimulakan dengan sesi bermaaf-maafan sesama keluarga. Suasana hiba dan gembira bercampur baur.
Jejak Kasih & Jamuan Istimewa.
Tahun ini, rumah Opah menjadi pusat tumpuan. Sebagai tuan rumah, Opah menyambut kedatangan kami sebagai tetamunya.
Potret Keluarga: Kenangan Yang Abadi.
Tak sah raya kalau tak bergambar! Inilah masanya untuk mengabadikan momen bersama sanak-saudara yang jarang berjumpa.
Semua cantik bergaya di Hari Raya yang berbahagia ini.
Selepas itu, kami menjalankan tanggungjawab menziarahi Tok Teh yang kini sudah agak uzur untuk bertanya khabar dan memohon restu.
Kami juga sempat beraya ke rumah Pak Taman untuk mengeratkan lagi silaturahim.
Last malam puasa kami main mercun BOOM BOOM BOOM.
Gotong-royong memasak.
Abang Jebat sedang menyiapkan peralatan pelita untuk menghiasi halaman rumah Opah.
Semoga Tok Teh kembali sihat walafiat hendakNya, amin.
Makan malam yang sungguh menyelerakan kami semua.
Suasana meriah kami bermain mercun denagan sanak-saudara.
Raya di Perak tahun ini memang luar biasa. Terima kasih Opah kerana menjadi tuan rumah yang terbaik. Semoga ukhuwah antara keluarga besar kita tetap utuh sehingga ke anak cucu.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin dari kami semua! ๐งก
---
**Tags:** #RayaPerak2025 #Aidilfitri1446H #GulaiKawahOpah #Taiping #FamilyGathering #BloggerMalaysia












