Adsterra

Rabu, 30 Julai 2014

Pulau Redang

 Alhamdulillah kami sekeluarga selamat sampai di Redang Mutiara Beach Resort yang terletak di Teluk Kalong. Hampir 2 jam belayar untuk datang ke sini dari Jeti Merang.
 Kami sekarang berada di pantai peribadi berpasir putih dan berair jernih sejernihnya. Hebat ciptaan Allah Yang Maha Agung.
 Biarlah gambar berbicara. Itulah ungkapan yang dapat kami gambarkan sekarang ini.
 Kena ikut perintah/arahan jangan main redah saja tempat orang. Hormat sikit ya. Ini dia jadual aktiviti kami apabila menginap di sini.
 Chalet-chalet yang berhawa dingin ini menghadap laut. Elektrik akan tutup pada pukul 9.00 pagi sehingga 12.00 tengahari dan elektrik di tutup semula 2.00 petang sehingga 6.00 petang. Jimat elektrik untuk janakuasa. Janakuasa pun mahu berehat juga.
 Permandangan dari atas jeti memang menakjubkan.
Muhammad Hamka bermain pasir sepuas hati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan