Hari pertama aktiviti kami snorkeling dekat perairan Long Beach Pulau Redang. Bertolak pukul 2.00 petang sehingga pukul 5 petang. Memang seronok bukan kepalang, berbaloi datang bercuti di sini.
Peralatan untuk snorkeling RM10.00 Snorkle, RM10.00 Life Jacket setiap orang. Kena bawa duit lebih sebab belanja di Pulau Redang sangat mahal.
Hari kedua aktiviti kami snorkeling dekat perairan Marine Park, Pulau Redang. Harga tiket RM5.00 seorang. Kami bertolak kesana seawal 9.00 pagi sehingga 11.00 tengahari. Semua pelancong bertumpu di sini, kawasan menjadi sesak dan meriah sekali.
Selepas 11.45 petang kami pulang ke Redang Mutiara Beach Resort untuk makan tengahari. Selepas pukul 2.30 petang kami sekeluaraga pergi snorkeling kali ke tiga ke Kampung Lama atau Pulau Kerengga. Di sini ikan memang banyak dan batu karang masih terjaga rapi.
Penat, lapar dan dahaga semua lengkap. Pengalaman berenang yang paling indah dah menarik.
Muhammad Hamka tertidur dalam bot kepenatan kerana banyak kali sangat berenang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan