Assalamualaikum, kami sekeluarga telah berkesempatan untuk menonton filem permainan video yang amat dinantikan, iaitu The Super Mario Bros. Movie (2023) pada Selasa lalu di Sunway Piramid.
Kami beli tiket online dan tidak perlu untuk beratur panjang di kuanter tiket. Orang memang ramai kebetulan filem ini baru dikeluarkan dan memdapat sambutan hangat penonton.
Secara keseluruhannya, filem The Super Mario Bros. Movie ini merupakan filem yang sesuai ditonton di cuti panjang sempena musim perayaan ini. Filem ini membuatkan kami terasa ingin bermain semula game Super Mario Bros.
Watak Mario dan Luigi, memang gempak dan best begitu juga penampilan watak-watak lain juga tidak kurang hebatnya. Kami bagi 10 bintang.
Paling mencuri tumpuan sudah tentunya watak Bowser (lakonan suara oleh Jack Black). Awalnya tampil ganas, namun ada sisi kelakar ditampilkan untuk watak ini, menyebabkan penonton tak kering gusi dengan keletahnya.
Filem The Super Mario Bros. Movie ini sememangnya amatlah dinantikan. Dan ternyata, filem ini tidak mengecewakan! Terbaik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan