Adsterra

Rabu, 11 Mei 2016

Rantau Panjang, Kelantan

Assalamualaikum, hari ke 2 di Kota Bahru kami ke Rantau Panjang.
Rantau Panjang terkenal dengan pelbagai barangan jualan dan cenderahati. 

Unit Pemeriksaan Pencegah Penyeludupan, Jabatan Kastam dan Ekais Diraja, 

Jabatan Imigresen dan Polis Diraja Malaysia menguatkuasakan sekatan di sekitar Rantau Panjang bagi mengelak penyeludupan dadah, beras, gula, manusia dan sebagainya. 

Rantau Panjang dikenali ramai sebagai kawasan zon bebas cukai. Pelbagai barangan boleh dibeli di sana termasuk pakaian, makanan, peralatan kelengkapan rumah dan lain-lain. 
Juga terdapat pelbagai kedai makan di kawasan sekitar yang boleh dilawati.

Berada di sini satu pengalaman yang menarik, seluruh kawasan Rantau Panjang ini syurga membeli-belah.

Rambang mata kami dengan suasana perniagaan di sini, boleh dikatakan harga barang yang ditawarkan sangat berpatutan.

Banyak gedung dan rumah kedai yang selesa untuk dikunjungi.

Kemeriahan pengunjung membeli dan menawarkan harga barang sungguh seronok dilihat.

Pusat Beli-belah Rantau Panjang
Kompleks Bebas Cukai Rantau Panjang
Zon Bebas Cukai
Pantai Timor
Zon Ria
Bazar Siti Aminah
Bazar Siti Fatimah
Mydin Mart

Mukim Rantau Panjang merupakan salah sebuah mukim yang terdapat dalam negeri Kelantan, dan juga merupakan satu dari mukim yang terletak dalam pentadbiran Jajahan Pasir Mas.

Korang mesti datang ke sini tempat wajib datang dalam senarai pelancongan korang.

Semua benda ada dijual jangan lupa bawa duit banyak-banyak.

Komplek kastam yang tersegam indah yang menerima pengunjung dari segenap negeri.

Ada masjid yang patut dilawati.

Seharian di sini memang tidak cukup kena datang ulang lagi.

Makan di sini sangat murah dan sedap.

Rantau Panjang juga kawasan banjir yang sangat merbahaya. Penduduk di sana memberitahu kami tentang banjir yang sering terjadi di sana apabila tiba musim tengkujuh.

Pekan berhampiran sempadan Thailand mengagumkan berstatus bebas cukai.

Hanya terdapat bank BSN di kawasan ini dengan satu ATM. Jadi simpan wang tunai yang mencukupi untuk membeli-belah.

Kami menguyah tidak berhenti ada saja menu yang menyelerakan untuk dimakan.

Meggi ketam yang sangat sedap.

Pasti tempat ini akan kami datang lagi.

Pelbagai pilihan kain.

Pelbagai pilihan senjata antik.

Penat berjalan tetapi kami sangat seronok berada di sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan