Assalamualaikum, pulang dari Rantau Panjang kami ke Pantai Cahaya Bulan, Kelantan.
Pantai Cahaya Bulan di Kelantan merupakan pantai rekreasi yang paling hampir dengan bandar Kota Bharu. Dan sekiranya anda bercuti ke Kelantan dan inginkan destinasi lepak tepi pantai sambil makan-makan, di sinilah tempatnya.
Lebih sinonim di kalangan warga setempat sebagai pantai PCB dan dahulunya pantai ini diberi nama Pantai Cinta Berahi sebelum ditukar kepada Pantai Cahaya Bulan. Di sekitarnya pantai PCB ini, terdapat hotel dan resort serta juga medan ikan bakar yang sesuai sebagai destinasi tempat makan malam yang best di KB.
Jika anda tinggal di salah satu resort atau hotel di Pantai Cahaya Bulan anda juga boleh ke beberapa tempat menarik di Kelantan terutamanya di Kota Bahru yang terletak tidak jauh.
Pantai PCB ini lebih kepada tempat orang releks dan makan-makan di tepi pantai.
Tepi pantai, tempat makan petang pun banyak dan yang paling best, pada waktu malam anda boleh pekena seafood di beberapa medan ikan bakar di sini.
Kalau anda datang ke Pantai Cahaya Bulan bersama anak-anak, bolehlah bermain layang-layang.
Kalau setiap hujung minggu iaitu Jumaat atau Sabtu, memang ramai pengunjung yang datang ke sini dan suasananya pun lebih meriah.
Kalau nak ikutkan dari segi saiz, PCB ini tidak sebesar Pantai Irama, Bachok.
Kalau pada musim tengkujuh di antara Oktober-Desember setiap tahun, ombak dan angin berkali ganda kuatnya.
Memandangkan lokasi Pantai Cahaya Bulan ini tidak jauh dari bandar utama KB (10km), maka destinasi penginapan di sini memang pilihan yang ideal.
Di sepanjang pantai PCB ini, terdapat banyak kedai makan dan juga gerai.
Struktur permukaan pantainya di sini memang tidak sesuai untuk pengunjung mandi-manda, tambahan pula ombak di sini memang kuat.
Seperti di tempat lain, hidangan makanan di sini lebih kepada santai-santai seperti goreng-gorengan, keropok, bebola, seafood celup tepung dan juga masakan panas.
Selain pantai PCB, ada beberapa lagi destinasi pantai yang agak popular di Kelantan seperti Pantai Irama, Pantai Sri Tujoh dan Pantai Bisikan Bayu. Kebanyakan pantai di sini mempunyai ombak yang kuat dan tidak digalakkan untuk mandi manda.
Rata-rata peniaga di sini memang menyediakan makanan masakan panas yang sedap dan juga murah.
Cuma anda perlu pandai memilih kedai makan yang bersih dan makanan yang baru.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan