Adsterra

Selasa, 10 Mei 2016

Kota Bahru, Kelantan

Assalamualaikum, keluar dari pulau kami terus berlepas ke Kota Bahru, Kelantan.
Kami naik teksi 1 hala tambang RM75 dan terus ke Kota Bharu Sultan Ismail Petra Airport, Pengkalan Chepa, 16100 Kota Bharu, Kelantan untuk ambil kereta sewa.

Jarak perjalanan 57 km dan mengambil masa 1 jam 1/2.

Driver teksi sangat mesra kawan, berbudi bahasa sopan tutur katanya.

Ini dia kereta kancil yang kami sewa apabila sampai ke airport.

Cari hotel yang berdekatan untuk bermalam malam nanti.

Terpaksa basuh semua pakaian semasa pakai sewaktu di pulau.

Permandangan dari dalam hotel kami ke arah Pasar Khadijah.

The Room hotel yang kami diami selama 3 hari 2 malam.

Selesa dekat dengan pasar dan dalam bandar mudah untuk kemana-mana.

Kebetulan hanya kami sahaja menginap di sini pada hari tersebut.

Masuk Pasar Khadijah cari makan dahulu dan window shopping.

Meriah di sini semua barang keperluan seharian ada dijual.

Persekitaran bersih ada petugas yang menjaga kerbesihan.

Harga makanan di sini berpatutan dan sedap, manis semanisnya.

Ini adalah pintu belakang istana.

Ada tempat menarik untuk dikunjungi.

Banyak tempat menarik dan seronok apabila melawat ke sini.

Puas mata memandang dengan keindahan Kota Bahru yang banyak unsur sejarah melayu lama.

Setiap tempat boleh dikatakan sangat bersih.

Datang ke Kampung Kraftangan menjanjikan satu pengalaman yang indah dan berharga buat pengunjung.

Masih banyak bangunan lama yang tersegam indah dan berdiri kukuh.

Kedai makan paling banyak ulam, puas makan ulam yang beraneka jenis ulamannya.

Syukur alhamdulillah dapat melancong kemari, menimba pengalaman yang baru dan sangat bernilai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan