Adsterra

Khamis, 31 Julai 2014

Subuh Di Pulau Redang Mutiara Beach Resort

Selepas menunaikan tanggungjawab kepada Allah s.w.t. Chek dan Mama berjalan menyusuri pantai menikmati saat-saat romantik di tepi Laut China Selatan. Suasana subuh yang nyaman dan damai, membuatkan fikiran kami tenang sekali.
 Bersih udara disini tiada pencemaran daripada kenderaan. Bau air laut dengan bau tumbuh-tumbuhan sungguh harum dan menyegarkan sanubari.
 Rasa cemburu pada orang pulau kerana mereka dapat menetap disini dengan aman dan sentosa.
 Kalau ada kesempatan macam ini hari-hari alangkah indah hidup.
 Suasana apabila terbit fajar memang cantik.
 Kebetulan air laut sedang surut dapatlah kami berjalan di gigi air sambil menangkap 2-3 keping gambar untuk buat kenang-kenangan.
 Tokma, Mami Liza dan Acu Nizam masih seronok tidur dalam selimut tebal.
 Muhammad Hamka pun masih lagi tidur. Maklumlah kepenatan seharian bermain dan mandi manda air laut.












BBQ

 BBQ yang palaing sempoi sebab orang tolong sediakan. Kami cuma datang terus ambik makanan dan makan.
Makan malam yang paling istimewa sebab makan malam dekat atas pulau jauh daripada daratan.
Makan perlahan-lahan menikmati suasana malam yang nyaman.
 Ada kumpulan awak-awak pulau sedang bakar mercun dan bunga api. Maklumlah hari raya ke 3 yang mulia.
Bunyi bising dan membingitkan telinga membuatkan Muhammad Hamka ketakutan. langsung tidak mahu berjalan sendiri mahu berdukung.
Selesai sudah makan malam kami pulang ke resort untuk berehat dan berkemas apa yang patut sebab esok seawal jam 9.00 pagi mahu berangkat pulang ke tanah besar.
 Tokma sedang bergambar kenangan di depan resort yang kami sewa. RM3000.00 full pakej kami ambik seramai 5 dewasa 1 kanak-kanak untuk 3 hari 2 malam menginap di sini.
 Menghayati permandangan laut di atas pulau ketika waktu malam yang gelap gelita.
Tiada kerja mahu buat jadinya lepak sambil gossip.
Inilah dia juru kamera kami yang bertauliah.
Katakan tidak pada kentut yang busuk.

Aktiviti Muhammad Hamka

 Dari semalam sampailah ke hari ini Muhammad Hamka masih belum puas mandi laut.
 Mami Liza layan seronoklah Muhammad Hamka berenang.
 Jumpa kawan borak-borak kosong, bukannya mereka faham pun.
 Siap beli mainan untuk main pasir. 
 Tokma orang yang paling santai.
Susah mahu bangkit dari dalam lubang pasir.

Rabu, 30 Julai 2014

Snorkeling

 Hari pertama aktiviti kami snorkeling dekat perairan Long Beach Pulau Redang. Bertolak pukul 2.00 petang sehingga pukul 5 petang. Memang seronok bukan kepalang, berbaloi datang bercuti di sini.
 Peralatan untuk snorkeling RM10.00 Snorkle, RM10.00 Life Jacket setiap orang. Kena bawa duit lebih sebab belanja di Pulau Redang sangat mahal.
 Hari kedua aktiviti kami snorkeling dekat perairan Marine Park, Pulau Redang. Harga tiket RM5.00 seorang. Kami bertolak kesana seawal 9.00 pagi sehingga 11.00 tengahari. Semua pelancong bertumpu di sini, kawasan menjadi sesak dan meriah sekali.
 Selepas 11.45 petang kami pulang ke  Redang Mutiara Beach Resort untuk makan tengahari. Selepas pukul 2.30 petang kami sekeluaraga pergi snorkeling kali ke tiga ke Kampung Lama atau Pulau Kerengga. Di sini ikan memang banyak dan batu karang masih terjaga rapi. 
 Penat, lapar dan dahaga semua lengkap. Pengalaman berenang yang paling indah dah menarik.
Muhammad Hamka tertidur dalam bot kepenatan kerana banyak kali sangat berenang.

Pulau Redang

 Alhamdulillah kami sekeluarga selamat sampai di Redang Mutiara Beach Resort yang terletak di Teluk Kalong. Hampir 2 jam belayar untuk datang ke sini dari Jeti Merang.
 Kami sekarang berada di pantai peribadi berpasir putih dan berair jernih sejernihnya. Hebat ciptaan Allah Yang Maha Agung.
 Biarlah gambar berbicara. Itulah ungkapan yang dapat kami gambarkan sekarang ini.
 Kena ikut perintah/arahan jangan main redah saja tempat orang. Hormat sikit ya. Ini dia jadual aktiviti kami apabila menginap di sini.
 Chalet-chalet yang berhawa dingin ini menghadap laut. Elektrik akan tutup pada pukul 9.00 pagi sehingga 12.00 tengahari dan elektrik di tutup semula 2.00 petang sehingga 6.00 petang. Jimat elektrik untuk janakuasa. Janakuasa pun mahu berehat juga.
 Permandangan dari atas jeti memang menakjubkan.
Muhammad Hamka bermain pasir sepuas hati.

Selasa, 29 Julai 2014

Jeti Merang

 Bertolak dari Pekan Kemasik pukul 4.30 pagi dan tiba di Jeti Merang pukul 6.30 pagi.
 Terletak 39km dari bandar Kuala Terengganu dan mengambil masa kira-kira 35 hingga 45 minit untuk sampai ke kawasan jeti ini.
 Sedang menanti feri untuk belayar ke Pulau Redang.
 Ini dia feri yang akan kami naiki untuk menyeberang lautan menuje ke Pulau Redang.
 Pagi yang indah dengan cuacanya yang nyama dipupuk pula dengan angin laut yang gemalai.
 Berdebar-debar mahu belayar.
 Ramai pelancong dari segenap negeri sedang berkumpul di sini.
 Inilah wajah ceria kami di pagi hari raya yang ke 2.
Menikmati pemandangan yang jarang-jarang sekali dalam hidup.