Adsterra

Khamis, 31 Julai 2014

Subuh Di Pulau Redang Mutiara Beach Resort

Selepas menunaikan tanggungjawab kepada Allah s.w.t. Chek dan Mama berjalan menyusuri pantai menikmati saat-saat romantik di tepi Laut China Selatan. Suasana subuh yang nyaman dan damai, membuatkan fikiran kami tenang sekali.
 Bersih udara disini tiada pencemaran daripada kenderaan. Bau air laut dengan bau tumbuh-tumbuhan sungguh harum dan menyegarkan sanubari.
 Rasa cemburu pada orang pulau kerana mereka dapat menetap disini dengan aman dan sentosa.
 Kalau ada kesempatan macam ini hari-hari alangkah indah hidup.
 Suasana apabila terbit fajar memang cantik.
 Kebetulan air laut sedang surut dapatlah kami berjalan di gigi air sambil menangkap 2-3 keping gambar untuk buat kenang-kenangan.
 Tokma, Mami Liza dan Acu Nizam masih seronok tidur dalam selimut tebal.
 Muhammad Hamka pun masih lagi tidur. Maklumlah kepenatan seharian bermain dan mandi manda air laut.












Tiada ulasan:

Catat Ulasan