Adsterra

Khamis, 31 Julai 2014

BBQ

 BBQ yang palaing sempoi sebab orang tolong sediakan. Kami cuma datang terus ambik makanan dan makan.
Makan malam yang paling istimewa sebab makan malam dekat atas pulau jauh daripada daratan.
Makan perlahan-lahan menikmati suasana malam yang nyaman.
 Ada kumpulan awak-awak pulau sedang bakar mercun dan bunga api. Maklumlah hari raya ke 3 yang mulia.
Bunyi bising dan membingitkan telinga membuatkan Muhammad Hamka ketakutan. langsung tidak mahu berjalan sendiri mahu berdukung.
Selesai sudah makan malam kami pulang ke resort untuk berehat dan berkemas apa yang patut sebab esok seawal jam 9.00 pagi mahu berangkat pulang ke tanah besar.
 Tokma sedang bergambar kenangan di depan resort yang kami sewa. RM3000.00 full pakej kami ambik seramai 5 dewasa 1 kanak-kanak untuk 3 hari 2 malam menginap di sini.
 Menghayati permandangan laut di atas pulau ketika waktu malam yang gelap gelita.
Tiada kerja mahu buat jadinya lepak sambil gossip.
Inilah dia juru kamera kami yang bertauliah.
Katakan tidak pada kentut yang busuk.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan