Sejuk Allah saja yang tahu bila kami tidur malam tadi. Berebut selimut dengan Mama dan Muhammad Hamka. Mahu mandi pagi mengeletar seluruh badan sebab air terlalu dingin macam ais dari peti sejuk.
Pukul 04.30 am Azan Subuh berkumbangan, bersahut-sahutan membuat jiwa kosong kembali bertenaga dengan kalimah tauhid.
Fenomena indah yang jarang dapat di lihat di pagi hari yang nyaman. Macam lukisan yang berskala besar.
Rasa diri terlalu kerdil dengan kekuasaan Allah Yang Maha Esa.
Mulut bertahmid hati berzikir memuji keindahan yang memang tiada tolok bandingannya. Suatu permandangan yang buat mata terpesona.
Baru pukul 06.30 am sudah terang benderang macam pukul 7.30 am di Semenanjung Malaysia.
Suatu hari akan tiba masa untuk kami mendaki keatas sana. In sha allah.
Udara segar dan bersih dari segala toksin.
Ambil angi pagi dengan bersarapan melihat Gunung Kinabalu.
Check out awal sebab banyak tempat mahu jelajah hari ini.
Ambil gambar sebanyak yang boleh untuk buat kenagan terindah melawat di sini.
In sha Allah panjang umur dan murah rezeki kami mahu datang lagi ke sini.
Berat hati mahu tinggalkan tempat ini.
Memori mengamit kami supaya datang lagi ke sini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan