Adsterra

Sabtu, 5 April 2014

AIRPORT KOTA KINABALU TO KUNDASANG

Alhamdulillah kami sekeluarga selamat tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu 1.53pm. Cari Mr. Alex untuk ambil kunci kereta proton saga sv kami sewa dengan kadar RM120.00 1 hari.
 Perjalan ke Kundasang mengambil masa lebih kurang 2jam. Jalan memang bengkang bengkok dan berbukit bukau. Permandangan Masya Allah, hanya Allah saja yang tahu betapa cantiknya ciptaanNya.
 Menginap di Kinabalu Pine Resort, memang penuh dengan pelancong dari semenanjung. Tempat pilihan utama keluarga kami.
Memang berbaloi kami dapat resort ini sebab permandangannya menghala ke kaki Gunung Kinabalu.
 Terasa aura sejuk memeluk kami perlahan-lahan dan bayu Gunung Kinabalu membelai kami. Nyaman dan segar suasana disini, elok untuk berbulan madu.
 Pakai jeket awal-awal supaya tidak kena selsema sebab cuaca semakin lama semakin sejuk dan dingin.
 Kabus menutupi Gunung Kinabalu padahal baru pukul 05.30 pm.
 Inilah kereta sewa kami, lasak-selasaknya kami guna untuk jelajah ke Kundasan.
 Check in masuk resort, kena beratur orang ramai sangat, mereka pun datang sama Flight dengan kami.
Kena speaking Sabahan lah lepas pada petang nie. baru mereka faham.
 Maghrib bertandang dan kabus berhembus semakin dingin lalu suasana semakin sepi ditengelami dengan laungan Azan.
Selepas solat jamak, kami ke pekan membeli makanan seala kadar.
Kena pakai jeket sebab sejuk sangat padahal baru pukul 08.30 pm.
 Jalan-jalan ambil gambar disekitar resort tempat kami menginap.
 Layan keletah Muhammad Hamka samapai dia kepenatan.
Masa itulah yang membuat kami matang dalam rumahtangga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan