Adsterra

Sabtu, 5 April 2014

LCCT TO KOTA KINABALU

Sekian lama membuat temujanji, tempahan dan kajian akhirnya kami sekeluarga dapat berangkat ke LCCT untuk melancong ke Sabah Negeri Di Bawah Bayu. Pengalaman yang sungguh menyeronokkan dan perasaan teruja membuak-buak di dalam dada.
Berbagai soalan dan pertanyaan kepada kawan-kawan bagaimana mahu melancong ke Sabah. Setiap hari selama setahun kami sekeluarga mencari maklumat tentangnya. Mahu tahu selok belok sebelum menjelajah ke negeri orang.
Ilmu yang kami miliki tidak setanding dengan pengalaman orang yang telah pergi ke sana. Mana-mana individu yang ada kaitan dengan Negeri Sabah, kami akan tanya macam-macam agar maklumat sampai kepada kami semuanya tepat dan mudah apabila kami mahu memulakan perjalanan ke sana nanti.
Kami pergi Matta Fair dapatkan info terkini tentang sewa hotel, sewa kereta, tempat-tempat menarik dan hala tuju yang perlu kami lalui tanpa ada sebaang kekeliruan dan masalah apabila menjejakkan kaki ke sana nanti.
Setahun kami tunggu untuk kesana bagaikan rasa 10 tahun masa berlalu. Akhirnya segala penat lelah, kehabisan wang ringgit dapat juga kami jejakkan kaki ke bumi Sabah.
KASUT KAMI SEMUANYA SAMA UNTUK JELAJAH SABAH.
 TENGAH CEK SEMUA BARANG-BARANG SUPAYA CHECK IN BERJALAN DENGAN LANCAR.
BERKIRA-KIRA MAHU MASUKKAN BEG DAN SEMUA BEKALAN KEDALAM KARGO.
 APA-APA HAL KENA SCAN DULU DEKAT MESIN PENGIMBAS.
TIDAK SABAR RASA HATI UNTUK TERBANG KE ANGKASA RAYA.
 ROSE DAN ANAK PEREMPUANNYA TURUT SERTA BERSAMA DENGAN KAMI.
 TOKMA DAN UCU NIZAM SNAP GAMBAR SANA SINI BUAT KENANGAN.
 MAKAN GULA-GULA BIAR MUHAMMAD HAMKA DUDUK DIAM-DIAM.
MY LOVE FOREVER. SENYUM SEMUA. CAK.
MAMA YANG SUKA BERGAMBAR DAN BERSELFIE.
 ITU DIA TINGGINYA BERIBU-RIBU METER.
 MAKAN TENGAHARI KAMI DALAM PESAWAT.
 DARI DALAM PESAWAT. MEMANG INDAH CIPTAAN YANG MAHA ESA. TAKJUB AKU SEKELUARGA.
 ALHAMDULILLAH KAMI SELAMAT MENDARAT DENGAN SELAMAT. PERGI AMBIL BEG DAN KERETA SEWA UNTUK DESTINASI SETERUSNYA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan