Adsterra

Ahad, 6 April 2014

Mata Air Panas Poring

Dari Kinabalu Pine Resort kami menuju ke Mata air Panas Poring, perjalanan lebih kurang 1/2jam kenderaan masih belum banyak dan tidak sesak. Poring merupakan nama Kadazan Dusun untuk sejenis spesies pokok Buluh yang tumbuh di kawasan itu. Terletak kira-kira 40 km di timur laut pusat Taman Kinabalu, Poring terkenal kerana kolam air panas dan jambatan gantungnya yang unik.
Kolam air panas Poring dikenali kerana air panasnya mengandungi galian sulfur yang boleh menyegarkan badan. Para pelancong juga berpeluang menikmati pemandangan yang indah apabila menyusuri jambatan gantung sepanjang 157.8 m dan setinggi 41 meter di atas pokok. Terdapat juga Taman Kupu-kupu dan Pusat Pemuliharaan Orkid di sini.

Berpagi-pagi adalah punca rezeki itulah yang kami dapati sebab masih tiada pengunjung yang menyesakkan tempat ini.
Kami lalu jambatan baru jambantan lama sudah reput.
Ada banyak kolam air panas dan sesuai untuk aktiviti mandi manda dan berkelah bersama keluarga. Mata air panas asli yang keluar dari kaki Gunung Kinabalu.
Kawasan ini memang berasap sepanjang masa, memang elok untuk terapi bagi pesakit kulit yang kronik.
Perjalanan mahu mendaki jambatan gantung.
Naik tangga turun tangga lalu denai dan laluan yang agak sukar untuk mendaki.
Penat bawa beg berat, Mama dan Muhammad Hamka berdukung.
Pokok yang paling tinggi yang ada di kawasan ini.
Permulaan check point untuk masuk ke jambatan gantung.
Ada ranger yang kawal tempat ini. jambatan ini hanya boleh melaluinya 6 orang dewasa setiap 1 1 masa.
Terbuai-buai dan berayung itulah perkataan yang paling sesuai untuk digambarkan bila berada di atas jambatan ini.
Mama lepas Muhammad Hamka berjalan seorang diri dengan penuh keberanian.
Inilah permandangan dari atas jambatan yang paling tinggi dan ditengah-tengah pokok yang paling besar.
Inilah hero pada hari ini yang paling berani meredah jambatan gantung tanpa rasa gayat.
Tiba di check point seterusnya untuk keluar daripada kawasan jambatan gantung.
Berjalan turun bukit dan ambik gambar sebanyak yang mungkin untuk buat kenang-kenangan.
Akar rotan yang kami jumpa semasa turun daripada bukit.
In sha Allah Muhammad Hamka mahu datang lagi ke sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan