Adsterra

Ahad, 6 April 2014

Tagal Sungai Moroli

Tagal Sungai Moroli yang terletak di Kampung Luanti Baru, Ranau. Kira-kira 10 km dari Pekan Ranau. Kalau dari Kota Kinabalu kira-kira 131 km. Perjalanan 2 jam 40 minit dari Kota Kinabalu ke tempat ini.
Bayangkan jika anda mandi di sebatang sungai, kemudian datang ikan-ikan yang jinak bermain-main dan mengerumuni anda. Ikan-ikan itu nampak ramah dan bersahabat. Ia boleh mengelus-elus badan anda. Kalau tak percaya, datanglah ke Kampung Luanti Baru , kira-kira 10 km dari Pekan Ranau. Kampung Luanti Ranau yang kini menjadi salah satu destinasi pelancongan yang menarik kerana kewujudan pelbagai jenis ikan yang ramah itu, terkenal kerana sistem `tagal' yang diamalkan oleh penduduknya. Bahkan Kampung Luanti Baru pernah memenangi pelbagai anugerah di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Antaranya Anugerah River Cruise Award, Global Environment Centre, Anugerah Sistem Tagal dan sebagainya.

Ini dia harga untuk masuk ke tempat ini.
 memang tempat yang wajib bagi peminat ikan air tawar untuk datang bertandang ke sini.
 Geli geleman apabila diurut dan dibelai oleh ikan kelah dari dalam sungai ini.
 Mama berani dan langsung tidak geli macam Chek yang sememangnya seorang penggeli.
 Muhammad Hamka lagi kelakar langsung tidak mahu kakinya disentuh oleh ikan-ikan di sini.
Air sungai yang dingin serta jernih yang dijaga rapi daripada sampah sarap. Memang tempat ini sesuai untuk terapi minda yang kerunsingan.
 Acah saja yang lebih pegang memang tidak berani sangat sebab geli geleman.
Kalaulah boleh ambil bawa pulang seekor dan goreng tentu sedap dimakan.
Muhammad Hamka tidak lepas peluang untuk mandi di sini.
Ramai pengunjung dan masa yang dihadkan adalah 15 minit untuk 1 1 kumpulan.
Panas memang panas tapi keseronokkannya mengatasi rasa panas terik.
Besar-besar dan saiz ikan gred AAA, memang menyeliurkan. Rasa nak tangkap je.
Beli durian Sabah dan makan di ladang teh.
Bersantai sambil makan durian dan menikmati permandangan ladang teh.
Mama makan durin 1 ulas sahaja sebab mama tak suka makan durian.
Muhammad Hamka memang gemar durian, tak tahu berapa ulas dia makan. Bagi dia telan dan telan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan