Adsterra

Selasa, 31 Disember 2013

Bukit Gambang Water Park - Kuantan, Pahang

Perjalanan yang tanpa disangka-sangka, kami bertolak pukul 5.30 pagi dari Bandar Klang menuju ke tempat peranginan Bukit Gambang Water Park, Kuantan, Pahang. Walaupun suasana masih pagi tetapi banyak kenderaan mahu pergi ke Pantai Timur, jalan sesak tetapi trafik masih lancar. Kami berhenti solat subuh di hentian tol Lebuhraya Duke susur keluar ke Jalan Kuantan. Mahu menunaikan solat subuh pun beratur sebab ramai orang dan surau yang disediakan kecil sahaja tidak dapat menampung jemaah yang terlalu ramai.
 Pemanduan lancar dan bergerak tanpa gopoh-gapah, bawa kereta steady sahaja sambil layan permandangan pagi yang nyaman di Leburaya Karak dan Lebuhraya Pantai Timur. Alhamdulillah kami selamat tiba di tol Gambang pukul 8.30 pagi. Cari warung mahu sarapan pagi dalam pekan koboi Gambang. Banyak lori treler yang angkut balak keluar masuk di sini. Tidak sabar rasa hati mahu ke tempat tujuan.
 Ingatkan kami orang yang paling awal datang di sini pagi ini, rupa-rupanya orang sudah ramai. Sesak jugak mahu kesana kemari sambil bawa beg pakaian mandi dan beg makanan. Masa beli tiket terus sahaja tanpa beratur sebab ramai orang sudah masuk ke dalam water park. Ambik gambar dulu buat kenang-kenangan.
 Security chek beg pakaian mandi dan beg makanan, semuanya lepas tiada yang kena masuk semula ke dalam kereta. Teruja semua sebab pertama kali jejakkan kaki ke sini, dengar orang cerita sahaja tentang kehebatan tempat ini. Akhirnya kami sekeluarga sudah sampai, jom kita semua pakat-pakat mandi sampai kecut jari-jemari tangan dan kaki.
Tuan-tuan dan Puan-puan di sini kami mempersembahkan Bukit Gambang Water Park, Kuantan, Pahang. Kalaulah tiada di Gambang tempat ini, Gambang masih menjadi pekan koboi yang ketinggalan dalam arus pembangunan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan