Adsterra

Selasa, 31 Disember 2013

Arabian Bay Resort - Bukit Gambang Resort City

 Tiket menginap 1 malam di Caribbean Bay, Bukit Gambang Resort City pemberian kawan pejabat Mama. Sewa menginap di sini berharga RM 668.00 untuk 1 malam. Family suite memang besar dan memiliki 2 bilik tidur, 2 bilik air serta ruang tamu dan dapur.
 Rezeki Allah sememangnya rahsia, inilah rezeki kami sekeluarga yang tanpa disangka-sangka. Terima kasih padaMu Ya Allah kerana pemberian ini. Setelah puas mandi manda di water park kami bergegas daftar masuk ke resort. Ada lagi keajaiban berlaku, Caribbean Bay Resort sedang renovation jadi kami tiada tempat untuk bermalam di sini. Pihak pengurusan resort berbesar hati telah menawarkan kepada kami Arabian Bay Resort. Kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan.
Dapatlah kami menginap di Arabian Bay Resort. Sewa  menginap di sini berharga RM 748.00 untuk 1 malam. Masya Allah lagi mahal daripada Caribbean Bay Resort, itulah dinamakan rezeki.
 Suasana sungguh cantik hari ini, tidak ada hujan atau ribut dan perasaan terasa nyaman sekali. Alhamdulillah kami sudah daftar masuk kesini dengan lancar. Jamu mata dengan permandangan mewah di Bukit Gambang Resort City. Satu pengalaman yang indah dan berbunga-bunga.
 Mandi sudah, makan sudah dan daftar masuk pun sudah sekarang masa untuk bersantai dalam bilik resort. Jeng jeng jeng.
 Unta sesat untuk dijual murah-murah sebagai cenderahati.
 Big Boy yang handsome sokmo, banyak sangat kerenah dan keletahnya. 
 Cuba teka yang mana satu ibunya dan yang mana satu anaknya? Samakan.
Inilah family suite Arabian Bay Resort, sungguh selesa dan cantik. Memang berbaloi dapat menginap disini. Jemput makan meggi, menu utama kami disini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan