Harga tiket kalau guna Mykad dan Mykid, dewasa RM 28.00 kanak-kanak RM 18.00. Kalau tiada Mykad dan Mykid, dewasa RM 48.00 kanak-kanak RM 28.00. Bermula dari pukul 6.00 petang sehingga pukul 10.00 malam setiap hari.
Kami tiba awal sangat sebab mahu lihat persembahan Tarzan dan Api. Macam tidak ada pengunjung, tetapi sebaliknya. Orang ramai sangat dan tempat ini sungguh meriah sekali. Kami berpeluang lihat Singa Putih dan bermacam jenis binatang yang jarang dapat jumpa.
Nasib baik ada stroller untuk bawa Muhammad Hamka, dia langsung tidak mahu turun berjalan sebab mengantuk dan penat. Perjalanan lebih banyak mendaki dan sakit jugalah pinggang dan lutut.
Suasana suram dan gelap seriau juga bulu roma melawat tempat ini malam-malam buta. Maklumlah dalam hutan mana ada manusia menghuni di sini semuanya binatang yang berbulu.
Tepat jam 8.30 malam kami berpeluang melihat persembahan Tarzan dan Jane. Teater ini sungguh menarik dan seronok kerana ada unsur-unsur komedi.
Lepas tengok persembahan Tarzan dan Jane kami lihat pertunjukkan api dan lagak ngerinya pula. Memang terbaik mereka bermain dengan api, Ada juga kayu yang berapi terlepas dari tangan mereka dan jatuh dari pentas persembahannya, keadaan sungguh merbahaya kepada para penonton.
Habis pertunjukkan api kami bersantai di rumah tradisional melayu, memang 100% tradisional dan menarik sekali. Teringin mahu rumah seperti ini, terbaik pembuatanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan