Adsterra

Rabu, 25 Disember 2013

Shopping Mall Malaysia, Sunway Pyramid

 Tokma telephone ajak pergi Sunway Pyramid Acu Nizam mahu beli baju kerja. Melompat kami sekeluarga bersiap mahu keluar dengan Tokma.
 Sempena cuti Krismas ramai pengujung datang membeli-belah di sini. Tempat parking kereta tiada dan jalan menjadi sesak teruk. Siapa datang lewat nasib badanlah memang kena parking kereta dekat luar bangunanlah jawabnya. Kena jalan kaki jauh untuk masuk ke dalam bangunan.
 Acu Nizam shopping sakan dan Tokma belanja baju untuk Mama dan Chek sehelai seorang. Setiap tingkat penuh dengan orang ramai entah kemana tujuan mereka. Di luar bangunan hujan lebat dan ribut petir, line handphone langsung tiada dan kami terputus hubungan dengan dunia luar.
 Selesai shopping kami singgah makan di restoran nasi ayam, beratur panjang dan penat menunggu giliran untuk makan. Orang memang ramai semua restoran penuh dan sesak.
Dari pukul 11.00 pagi sampailah ke pukul 5.00 petang kami berada di sini, lama tidak berjalan kaki semua jadi penat apabila pulang ke rumah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan