Daripada Oriental Village kami menuju ke Jalan Teluk Burau dan susur terus ke Jalan Teluk Yu menghala ke Tanjung Rhu. Kebetulan melalui Medan Niaga Pantai Pasir Hitam kami singgah makan tengahari, sememangnya kami sekeluarga memang kelaparan mujur ada kedai makan. Selesai menikmati juadah tengahari kami menuju ke Private Beach Tanjung Rhu yang di kawal ketat oleh security guard. Panas terik cuaca di sana, tidak sanggup mahu berjemur lama-lama di tepi pantai yang sememangnya indah. Kami bergegas ke Jalan Ayer Hangat menuju ke Kampung Sungai Itau di sana ada Air Terjun Durian Perangin.
Bahang panas memang terasa membara dalam badan kami, dapat berendam di sini satu kerahmatan buat kami sekeluarga. Nampak pokok durian dan pokok rambutan, belum masak buah tidak cantik baru mula gugur. Bergembira kami berenang di sini siap beli sabun dan shampo untuk keselesaan tubuh badan kami.
Selesa mandi manda sebab tidak ramai pengunjung dan air bersih serta nyaman sekali. Puas rasa hati dapat mandi air terjun.



Tiada ulasan:
Catat Ulasan