Adsterra

Khamis, 13 Jun 2013

Cable Car

 Dari Telaga Terminal kami bergegas ke Carble Car Langkawi tempat yang paling popular di sini, rugi kalau datang melawat ke Pulau Langkawi tidak naik kereta kabel.
 Harga tiket dewasa RM30.00 kalau tunjuk Mykad RM15.00 sahaja. Harga tiket untuk kanak-kanak RM20.00 kalau tunjuk Mykid RM10.00 sahaja. Harga tiket memang berpatutan, kalau musim cuti sekolah Cable Car sesak dengan pengunjung. Moral jangan datang kalau musim cuti sekolah, datanglah semasa sekolah bermula.
 Mula-mula naik Cable Car terasa gayat yang amat sangat, maklumlah naik ke tempat yang paling tinggi di Pulau Langkawi. Kebetulan berkongsi kereta kabel dengan pelancong dari Dubai.
 Kena beratur panjang semasa membeli tiket dan mahu naik Cable Car, pelancong ramai sangat. Kebetulan Cable Car buka pukul 12.00 tengahari kerana servis perkhidmatannya.
 Berada 700 meter dari paras laut cuaca panas terik menjadi dingin dan nyaman, hembusan angin mengasikkan dan udara terasa sungguh segar sekali.
 Lapar dan penat biasalah, makan tengahari hotdog. Makan di tempat tinggi terasa tidak cukup makan.
 Mengambil gambar sebanyak mungkin untuk buat kenang-kenangan, hujan emas tempat orang manakala hujan batu tempat sendiri. Kalau ada jodoh dan rezeki suatu hari nanti mahu datang lagi melawat Cable Car.
Selamat Datang Cable Car Langkawi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan