Boat.
Salah 1 xtvt yang harus dilakukan apabila berada di langkawi adalah Island Hopping! Untuk join island hopping kita kena cari operator yang menyediakan trip perkhidmatan ini. Apa yang penting BAYAR. Harga untuk island hopping di Langkawi bagi 3 pulau iaitu Pulau Beras Basah, Pulau Singa Besar dan Pulau Dayang Bunting adalah RM35 dewasa dan RM25 untuk kanak kanak. Takde makanan disediakan. Ada 2 port untuk naik island hopping ni, satu dekat jeti kecik di Awana Porto Malai dan satu lagi di Kuah.
Sedang tunggu driver datang ambik untuk pergi island hopping.
Bawa makanan dan minuman sealakadarnya untuk alas perut semasa menjelajah nanti.
Dekat 1 jam tunggu driver datang ambik lepas itu hujan turun dengan lebat sekali. Takut.
Sementara menunggu hujan lebat berhenti kami beteduh dibawah khemah yang disediakan oleh operator island hopping.
laut bergelora kerana ada ribut, kami masih belum dibenarkan bertolak kerana cuaca sangat tidak mengizinkan untuk belayar menaiki boat laju.
Alhamdulillah cuaca reda akhirnya, perlahan-lahan boat yang kami naiki meninggalkan jeti. Hanya tuhan saja yang tahu hati ini berdebar-debar sebab Muhammad Hamka tiada Life Jaket.
Sayup-sayup dari tengah laut kami meninggalkan jeti Awana Porto Malai. Semoga perjalanan kami semua selamat. Amin.
Inilah wajah kesayanganku dalam kesejukkan. Maklumlah hujan lebat berserta bayu laut.
Boat meredah ombak dengan kelajuan maksimun. Memang laju gila Kapten pandu boatnya.
Lihatlah inilah gunung Pulau Dayang Bunting sempena nama tempat ini.
Sudah hampir sangat ke Pulau Dayang Bunting, dapat lihat boat berlabuh di tepian jeti.
Selamat datang ke Pulau Dayang Bunting.
Expedisi kami akan bermula disini.












Tiada ulasan:
Catat Ulasan