Sampai sudah, selepas turun dari boat kami cuma ada masa 1 jam untuk menjelajah ke Tasik Dayang Bunting dan mandi-manda di sana. Semua xtvt adalah tanggungjawab kami sendiri sama ada cuai atau sebagainya.
Idaman setiap pelancong ke Langawi, kami sudah sampai anda bila lagi? Kenangan paling indah apabila berada di sini. Percayalah, biar gambar berbicara.
Suasana sejuk mencengkam tubuh badan kami, maklumlah bayu laut dengan hawa hujan lebat masih terasa salju.
Jom kena mendaki ke atas gunung untuk sampai ke Tasik dayang Bunting, masa yang diperlukan tolak buang air kecil dalam lingkungan 10 hingga 15 minit pendakian.
Tunggu Chek dan mama ke tandas, Muhammad Hamka senang pakai mamypoko.
Tercungap juga masa mendaki datang kemari, akhirnya sampai juga hajat kami untuk ke sini.
Kita berenang dahulu, khikhikhi. Muhammad Hamka mengamuk taknak naik dari kolam renang yang disediakan untuk kanak-kanak. Ini sudah lebih ni.
Siap bawa pelampung bagai untuk keseronokkan anak kamilah.
Tiba-tiba semua pengunjung tiada, rupa-rupanya mereka sudah berangkat pulang ke jeti tinggallah kami sekeluarga terkontang-kanting gelabah.
Masa pulang ke jeti mendaki lagi, kali ini penat sangat sebab Chek dan mama baru lepas berenang yoyo ooooo masa kat tasik tadi. Lenguh tulang lutut beb.
Laluan pendakian licin sebab becak kerana air lumpur turun dari bukit. Maka kena berhati-hatilah bila melangkah agar tidak tergelincir jatuh.
Semua orang berpusu-pusu masuk dalam boat sebab mahu ke Kolam Ikan pula.
Kenangan yang jarang dapat semasa berada di Klang. Maka hayatilah kenangan itu sebaiknya.
Selamat tinggal Pulau Dayang Bunting. Ada umur ada rezeki kami akan datang lagi.













Tiada ulasan:
Catat Ulasan