Adsterra

Jumaat, 14 Jun 2013

Island Hopping Part 3

Fish Garden.
Alang-alang berada dilautan kalau tidak singgah ke taman ikan terasa amat bodohnya bila dikenangkan kembali. Bukan senang mahu sampai ke sana, biarlah terbang sikit duit saku janji hati puas dapat menikmati hasil laut yang jarang ditemui.
 Beratur dahulu untuk beli tiket dewasa RM 15.00 sahaja. Dapat makanan ikan percuma.
 Ikan buntal yang sudah mati dikeringkan untuk ujian makmal kenapa dia mati sebegitu.
 Tiger fish ikan paling berbisa sebab durinya ada racun yang boleh menyebabkan kematian yang dahsyat.
 Banyak ikan besar-besar berada di dalam sangkar di sini. Dapat di lihat setelah memberi makan palet yang diberikan.
 Ikan buntal yang asli hidup atas darat, untuk tontonan kami sahaja.
 Geli jugak pegang ikan ini sebab durinya yang halus serta tajam.
 Gamat asli macam inilah bentuknya, masih hidup semasa aku pegang ni.
 Lintah laut atau cucumber sea. memang geli gila, Mama jadi gila sekejap tengok benda alah ini.
 Bubu untuk tangkap ikan merah, kerapu atau ikan-ikan yang mahal di pasaran.
 Sangkar ikan yang terbentang luas di belakang mama. Banyak ikan-ikan yang berharga mahal di sangkar ini.
 Sakan kami jelajah tempat ini, macam tempat ini kami yang punya. Janji happy baru hidup bermakna. 
 Kawan dalam 1 boat dengan kami, mereka dari Johor Bahru.
 Tersenyum sendiri bila melihat gambar ini kerana gambar ini sungguh bermakna bagi kami sekeluarga.
Masa untuk bergerak beri makan burung helang pulak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan