Tempat ini terkenal sebagai pusat konservasi haiwan-haiwan liar termasuklah burung helang yang menjadikan pulau ini sebahagian dari habitat kehidupan mereka. Tiada hotel atau chalet yang dibina di sini untuk mengekalkan habitat semulajadi yang asli kepada haiwan di sini. Dulu pulau ini diuruskan oleh Jabatan Perkhidmatan Verterinar tapi sekarang di bawah seliaan PKNK (Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah).
Baju kami semua basah kuyup jadi kami semua kesejukkan. Muhammad Hamka perlukan putingnya, untuk menghilangkan rasa mahu menangisnya.
Kelihatan sekumpulan burung helang menanti ketibaan bot kami dengan mereka terbang begitu rendah.
Menurut Kapten boat kami, ada orang akan bagi burung helang ini makan setiap hari berupa kulit ayam.
Nasib baiklah ada sebuah boat bawa pelancong dari negeri Arab bawa kulit ayam untuk bagi makan kepada burung helang ini. Dapatlah kami semua menikmati sambaran tajam dari sang helang menekam ke atas air laut mengutip makanan.
Memang banyak sangat burung helang di sini, beratus ekor tidak dapat nak kira kesemuanya semasa mereka menyambar makanan.
Suka sangat-sangat masa menuju ke Pulau Beras basah.






Tiada ulasan:
Catat Ulasan