Xtvt disini mandi laut atau berehat dan bersantai sambil berkawan dengan monyet-moyet liar yang akan mencuri barang milik anda semua. Oh ya takde toilet jadi susahlah sesiapa mahu ketandas untuk melepas boom atom yang bergelodak dari dalam perut. Keindahan disini memang masih terpelihara 100%. Tak percaya tanya monyet-monyet disana.
Selamat tiba di jeti Pulau Beras Basah, cuaca mendung dan suasana kelam sedikit.
Ramainya pelancong ingatkan kami sahaja yang jelajah ke pulau ini. Mana datang entah mereka semua ni.
Masa mandi hobi terkini Muhammad Hamka, jangan di suruh naik nanti mengamuk sakan payah pulak mahu pujuk supaya diam dari menangis.
Tenang dan damai siapa sangka tiada jerung dalam laut di sini.
Ini dia penduduk ahli kariah di sini, jangan cuba main-main taring mereka panjang-panjang dan tajam-tajam belaka.
Mama cuba halau salah seekor monyet yang cuba mencuri makanan kami dari dalam beg. Baik berhati-hati mama, mereka bengis-bengis semuanya.
Cari kedai makan dan beli makanan lapar tahap gaban sudah. Memang syok dapat makan tepi laut yang damai.
Bawa bekal roti kering dan air kosong, memang terasa nikmatnya apabila menelan makanan ini masa berada di sini.
Mahu mandi laut terasa badan penat sekali, biarlah mereka dan keluarga mereka sahaja yang madi-manda. Kami mahu makan dan bersantai hirup bayu pulau puas-puas.
Kalaulah boleh menginap disinikan syok.
Bersiap mahu menuju ke boat, Muhammad Hamka sudah kesejukkan yang amat sangat.
Berangkat ke jeti mahu pulang, tertinggal seribu kenangan di sini.
Sementara menunggu boat datang kami berehat melepaskan penat lelah berjalan.
Boat sudah sampai bersedia untuk pulang ke darat.














Tiada ulasan:
Catat Ulasan