Cuaca di laut tiba-tiba menjadi kelam, ombak jadi gelora menandakan akan berlaku ribut berserta hujan lebat. Kami masih dalam perjalanan menuju ke darat, boat yang kami naiki meredah arus ombak sampaikan boat kami hampir-hampir terbalik. Takut, hanya bertawakal kepada Allah sahaja supaya perjalanan kami semuanya selamat.
Inilah krew boat kami, kebetulan Kapten sedang isi minyak dapatlah tangkap gambar buat kenang-kenangan dengan mereka semua.
Awan berarak secepat mata berkelip, ombak semakin kuat bergelora. Keadaan boat pula terhuyung-hayang dan tidak stabil.
Bergulung-gulung awan hujan datang di bawa angin beserta kilat.
Jeti Awana Porto Malai dari laut kami lihat suasana semakin kelam, bila-bila masa sahaja cuaca buruk akan berlaku. Angin ribut menjadi kencang dapat kami rasai dalam kesenyapan tanpa berkata apa.
Alhamdulillah perjalanan kami semua selamat dan mendapat perlindungan daripada Allah. Tiba di jeti hujan lebat selebatnya turun membasahi bumi beserta ribut petir. Rupa-rupanya kejadian hari ini bersangkut paut dengan kejadian ribut di Pulau Pinang. Syukur jelajah kami lancar seperti apa yang kami harapkan.





Tiada ulasan:
Catat Ulasan