Adsterra

Sabtu, 31 Disember 2011

Kemaman

 Jalan-jalan ke Kemaman, rumah Umi Faten. Jumpa sanak saudara Chek di kampung.
 Makan malam besar-besaran takut tengok senarai menu.
 Chek dengan nasi dagangnya, kemaruk nasi dagang.

Shopping lagi barang mainan dekat pasaraya Mesra Mall.

Rabu, 28 Disember 2011

Baru Beli

 Botol lama semua buang sekarang guna botol baru.
 Senang guna cup ini untuk simpan susu tepung.
2, 2 salah beli puting. Lubang kecil sangat tidak sesuai.

Selasa, 27 Disember 2011

Test Gusi

Alangkah lekanya Muhammad Hamka mengigit-gigit mainan barunya.
 Jangan sesiapa usik atau rampas nanti dia akan menangis.
 Lupa sekejap dunia disekelilingnya.
 Emmm sedapnya gigit sampaikan meleleh air liurnya.
Gigit punya gigit masih belum putus-putus, liat pulak benda alah ini ya.

Isnin, 26 Disember 2011

Barang Belajar

 Puzzle foam untuk Mahammad Hamka belajar A, B, C dan sampai Z.
 Flash card untuk Muhammad Hamka faham apa itu pertuturan dan percakapan.
Gusi Muhammad Hamka sudah ada tanda-tanda mahu tumbuh gigi, jadi mainan ini dikhaskan untuk dia gigit-gigit bagi menguatkan gusinya dan belajar cara mengunyah makanan.

Ahad, 25 Disember 2011

Tertidur Celah Kangkang

Seronok bermain ke hulu dan ke hilir.
 Chek acah-acah main celah kangkang sekali terus tertidur, sambil genggam mainan kegemarannya.
Tidur dengan posisi mengangkang, penat agaknya.

Khamis, 22 Disember 2011

Hadiah Dari Langkawi

 Terima kasih Muhammad Hamka ucapkan kepada Tokma kerana memberi hadiah berupa 2 pasang baju yang sungguh cantik dan menawan hati.
I Love Langkawi, suka tengok gambar-gambar yang diambil Tokma semasa berada di Langkawi. Bilalah chek dan mama mahu bawa Hamka ke sana? Teringin sangat mahu jalan-jalan makan angin di sana.

Rabu, 21 Disember 2011

Hadiah

 Hadiah daripada Encik Fahmi kawan pejabat mama.
 Hadiah daripada Tokma beli di Jonker Walk Melaka, untuk letak segala alat solek Muhammad Hamka.
 Hadiah daripada Tokma semasa keluar shopping dengan Makcik Azizah, bakul untuk letak thermos, air masak dan susu.
Chek bawa mama ke Jaya Jusco Bukit Tinggi beli thermos sebab yang lama sudah rosak.

Selasa, 20 Disember 2011

Mainan

 Setiap barangan permainan yang baru di beli, chek dan mama akan main terlebih dahulu sebab mahu siasat adakah selamat untuk Muhammad Hamka bermain. Mainan ini diberikan kepada Hamka untuk bermain semasa berumur 2 1/2 bulan. Mainan ini keras tetapi ringan sesuai untuk tangan baby yang baru belajar untuk memegang sesuatu.
 Genap 3 1/2 bulan kami berikan mainan ini kepada Hamka kerana dia suka mengigit. Mainan ini lembut dan tidak merbahaya. Kena sentiasa basuh sebab takut ada debu yang membaluti permukaan mainan ini.
 Pada usia 5 bulan tangan dan jari-jemari Hamka sudah kuat untuk mengenggam sesuatu yang berat tetapi kosong isi didalamnya. Mainan ini apabila digoncang akan mengeluarkan bunyi. Hamka tertarik dengan bunyi yang keluar dari mainan ini, cepat dia berpaling apabila mainan ini dibunyikan.
 Cukup umur 6 bulan kami beri sesuatu mainan yang lebih lembut dan mudah dipegang serta ringan. Mainan ini mengeluarkan bunyi siulan yang terlalu bising, kadang-kadang rasa jengkel apabila ia berbunyi terlalu kerap.
Semasa bertandang di rumah Tokma sehari sebelum Tokma pergi melancong ke Langkawi, Tokma memberi mainan ini kepada Hamka. Mainan ini hak milik Ucu masa kecil dahulu, tetapi tokma beri kepada Hamka untuk bermain. Mainan ini agak berat dan menggunakan kuasa 3 biji beteri untuk dimainkan atau dihidupkan. Tidak sesuai dengan umur Hamka sekarang yang baru masuk 6 1/2 bulan, kerana mainan ini body keras, berat, bucu-bucu di setiap sudut walaupun tumpul dapat mencederakan Hamka apabila dia menganggukkan kepalanya dan akan mendatangkan kecederaan yang serius. Jadi mainan ini disimpan terlebih dahulu dan belum tiba masanya lagi untuk dimainkan. Sikit hari lagi apabila Hamka sudah pandai berjalan chek dan mama akan bagi Hamka main mainan ini ya. Jangan susah hati masa masih panjang.
 Seronok Muhammad Hamka bermain dengan permainannya.

Jumaat, 16 Disember 2011

Lasak Meniarap

Semakin hari Muhammad Hamka semakin lasak meniarap ke sana ke mari.
 Jumpa benda semua mahu masuk ke dalam mulut.
 Tengok sudah tersepit, siapa suruh lalu dilaluan itu.
 Mahu pergi ke mana? Habis baju kotor sapu lantai, baju tu mahal tahu tak? Baju Timberland tu yang kamu pakai.
Time ambil gambar pandai, mengeraskan dirinya yang sememangnya comel itu.

Selasa, 13 Disember 2011

Mahkota Parade Shopping Mall

Jalan-jalan hujung minggu ke Melaka Bandaraya Bersejarah, tidur di Hotel Fairway murah 1 malam rm53.00 deposit rm10.00 untuk kunci dan parking kereta.
 
1 hari 1 malam berjalan sakan menjelajah Banda Hilir, masuk Jaya Jusco jugak macamlah takde Jaya Jusco di Klang. Beli plastik lapik punggung dan makan malam di sana.
 Musim Hari Natal ramai orang yang beragama Kristian turun membeli-belah untuk sambut Krismas. Kebanyakkan pelancong dari Kota Singa.
 Sesak dengan orang ramai kami pergi ke Dataran Pahlawan, Menara Taming Sari, St. Paul's Hill (A'Farmosa), Ducth Port dan Istana Museum Melaka.
 Kami berjalan kaki selama 15 hingga 20 minit untuk ke tempat yang menarik The Stadthuys, Melaka River Cruise, The Maritime Museum dan Jonker Walk
 Muhammad Hamka penat sikit kerana banyak duduk dalam stroller kesian dia. Tapi Alhamdulillah dia tidak banyak ragam.
 Permandangan yang menarik semasa kami di sana, ramai orang lepak sambil melepaskan penat dan minum petang.

Isnin, 12 Disember 2011

Mee Kahwin

Ini dia namanya mee kahwin dari Bandar Melaka, sedap sungguh rasanya tip top 100% halal buatan anak tempatan yang cemerlang dalam perniagaan yang diceburinya.
Murah-murah 2 pinggan mee kahwin yang sarat dengan bahan-bahan harganya rm 6.50 sahaja. Jemput makan tuan puan, Bismilahirohmanirohim.
Anak sulung aku nyenyak tidur kepenatan tidak dapatlah dia merasa kesedapan mee kahwin Bandar Melaka ini.
Penuh sesak dengan pelanggan rata-rata berketurunan cina, sebab peniaga mee kahwin ini tumpang berniaga di dalam restoran milik orang cina.
Beratur pelangan yang datang untuk bungkus mee kahwin di bawa pulang makan di rumah atau di pejabat. Aku lihat abang yang menyediakan mee kahwin ini tidak cukup tangan.
"Sabar ya tunggu giliran" itulah kata-kata manis abang yang sedang menyediakan mee kahwin kepada pelanggannya.

Jonker Walk

Tiba di Jonker Walk pukul 10.00 malam.
 Tangkap gambar di tepi Sungai Melaka.
 Sibuk suasana malam di Banda Hilir tiada tempat parking kereta.
 Penat berjalan di tengah kota mencari apa yang menarik baru berhenti.
 Sungguh sesak tuhan saja yang tahu.
 Ramai-ramai orang di sini, entah apa yang hendak di beli tak tahulah.
 Tak sempat mahu lihat persembahan wayang opera cina.
 Itu dia beca dengan lampu kelip-kelip yang menarik.
 Singgah lagi ke Dataran Pahlawan Walk.
 Lagi-lagi sesak di sini.
 Shopping sakan adik, kakak dan abang.
Penat mahu cari hotel pulak.