
1 hari 1 malam berjalan sakan menjelajah Banda Hilir, masuk Jaya Jusco jugak macamlah takde Jaya Jusco di Klang. Beli plastik lapik punggung dan makan malam di sana.
Musim Hari Natal ramai orang yang beragama Kristian turun membeli-belah untuk sambut Krismas. Kebanyakkan pelancong dari Kota Singa.Sesak dengan orang ramai kami pergi ke Dataran Pahlawan, Menara Taming Sari, St. Paul's Hill (A'Farmosa), Ducth Port dan Istana Museum Melaka.
Kami berjalan kaki selama 15 hingga 20 minit untuk ke tempat yang menarik The Stadthuys, Melaka River Cruise, The Maritime Museum dan Jonker Walk
Muhammad Hamka penat sikit kerana banyak duduk dalam stroller kesian dia. Tapi Alhamdulillah dia tidak banyak ragam.
Permandangan yang menarik semasa kami di sana, ramai orang lepak sambil melepaskan penat dan minum petang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan