Adsterra

Isnin, 12 Disember 2011

Mee Kahwin

Ini dia namanya mee kahwin dari Bandar Melaka, sedap sungguh rasanya tip top 100% halal buatan anak tempatan yang cemerlang dalam perniagaan yang diceburinya.
Murah-murah 2 pinggan mee kahwin yang sarat dengan bahan-bahan harganya rm 6.50 sahaja. Jemput makan tuan puan, Bismilahirohmanirohim.
Anak sulung aku nyenyak tidur kepenatan tidak dapatlah dia merasa kesedapan mee kahwin Bandar Melaka ini.
Penuh sesak dengan pelanggan rata-rata berketurunan cina, sebab peniaga mee kahwin ini tumpang berniaga di dalam restoran milik orang cina.
Beratur pelangan yang datang untuk bungkus mee kahwin di bawa pulang makan di rumah atau di pejabat. Aku lihat abang yang menyediakan mee kahwin ini tidak cukup tangan.
"Sabar ya tunggu giliran" itulah kata-kata manis abang yang sedang menyediakan mee kahwin kepada pelanggannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan