Adsterra

Selasa, 20 Disember 2011

Mainan

 Setiap barangan permainan yang baru di beli, chek dan mama akan main terlebih dahulu sebab mahu siasat adakah selamat untuk Muhammad Hamka bermain. Mainan ini diberikan kepada Hamka untuk bermain semasa berumur 2 1/2 bulan. Mainan ini keras tetapi ringan sesuai untuk tangan baby yang baru belajar untuk memegang sesuatu.
 Genap 3 1/2 bulan kami berikan mainan ini kepada Hamka kerana dia suka mengigit. Mainan ini lembut dan tidak merbahaya. Kena sentiasa basuh sebab takut ada debu yang membaluti permukaan mainan ini.
 Pada usia 5 bulan tangan dan jari-jemari Hamka sudah kuat untuk mengenggam sesuatu yang berat tetapi kosong isi didalamnya. Mainan ini apabila digoncang akan mengeluarkan bunyi. Hamka tertarik dengan bunyi yang keluar dari mainan ini, cepat dia berpaling apabila mainan ini dibunyikan.
 Cukup umur 6 bulan kami beri sesuatu mainan yang lebih lembut dan mudah dipegang serta ringan. Mainan ini mengeluarkan bunyi siulan yang terlalu bising, kadang-kadang rasa jengkel apabila ia berbunyi terlalu kerap.
Semasa bertandang di rumah Tokma sehari sebelum Tokma pergi melancong ke Langkawi, Tokma memberi mainan ini kepada Hamka. Mainan ini hak milik Ucu masa kecil dahulu, tetapi tokma beri kepada Hamka untuk bermain. Mainan ini agak berat dan menggunakan kuasa 3 biji beteri untuk dimainkan atau dihidupkan. Tidak sesuai dengan umur Hamka sekarang yang baru masuk 6 1/2 bulan, kerana mainan ini body keras, berat, bucu-bucu di setiap sudut walaupun tumpul dapat mencederakan Hamka apabila dia menganggukkan kepalanya dan akan mendatangkan kecederaan yang serius. Jadi mainan ini disimpan terlebih dahulu dan belum tiba masanya lagi untuk dimainkan. Sikit hari lagi apabila Hamka sudah pandai berjalan chek dan mama akan bagi Hamka main mainan ini ya. Jangan susah hati masa masih panjang.
 Seronok Muhammad Hamka bermain dengan permainannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan