Senang tengok Muhammad Hamka bermain dengan bear tergantung di dalam playpen, mama dan chek sedang bersiap mahu pergi ambil Tok Ma untuk ke pasaraya Sogo shopping baju raya.

Ya Allah jem teruk hari ini semua orang dari selangor cuti Nuzul Quran semuanya pakat-pakat pergi ke Kuala Lumpur cari baju dan barangan untuk berhari raya. Tok Ma susah penat sebab tadi tolong chek repair lampu kelip-kelip dan membersihkan halaman rumah.
Parking pulak jadi satu mimpi ngeri di pasaraya Sogo, takde tempat parking pulak. Tempat parking jadi sesak gila. 1 jam cari tempat parking.
Beli stoking 5 pasang dan baju raya Nur Umairah Syamina sepasang.
Setelah bersesak-sesak dapat juga beli sepasang baju raya untuk Muhammad Hamka, kita orang berbuka puasa di Restoran Insaf makan nasi beriani perut kami semua masuk angin sebab lewat sangat makan, hanya minum air.