Pergi ke rumah Abang Romzi melawat isteri beliau yang baru lepas bersalin anak yang ke 5 bayi perempuan. Abang Romzi baru balik dari kebun, aku lepak di beranda ambil angin sambil melihat keindahan kawasan rumah beliau. Ada anak sungai depan rumah beliau, kalau panas dan malas mandi di bilik air boleh terus terjun ke sungai tanpa ada sesiapa melarang kerana airnya sungguh cetek dan jernih. Aku jalan-jalan melihat halaman rumah beliau yang bersih di jaga rapi dan tertarik kepada pokok betik di satu sudut halaman rumahnya. Pokok betik itu lain daripada pokok betik yang selalu aku temui di mana-mana. Pokok betik ini daunnya seakan-akan kekuning dan buahnya juga kekuningan, jangan salah anggap sebenarnya buah betik ini belum masak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan