Pergi ke Mid Valley saja window shopping baju raya, chek sudah keboringan terperap di rumah. Mama happy sakan, dapat jalan-jalan pergi makan.
Ronda Jaya Jusco tempat baby, mahu beli baju Muhammad Hamka sepasang tiba-tiba ada orang tu start enjin kerana lapar susu. Mama dengan pantas terus bagi susu botol pada Muhammad Hamka.
Tangkap gambar depan pawagam, kalau Muhammad Hamka besar bolehlah bawa masuk tengok wayang. Ini masih baby lagi baru 2 bulan.
Jenuh berjalan sambil menolak Muhammad Hamka dalam stroller, seronok sangat hari ini.
Kalau pergi ke Mid Valley kena pergi awal sikit sebab jalan sesak dengan kereta dan tiada tempat untuk parking kereta buang masa cari tempat parking.
Masa ini Muhammad Hamka tengah hisap puting dan meragam sikit sebab mata sudah mengantuk dan badan sudah penat. Kita orang pun memang mahu pulang ke rumah sebab sudah cukup window shopping untuk hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan