Puasa ke 2 hari ini, pagi-pagi lagi Chek dan mama bersiap mahu ke klinik untuk temujanji dengan doktor. Muhammad Hamka nyenyak tidur semasa keluar dari rumah menuju ke Meru.
Mama malu-malu sewaktu Chek snap gambar ni. Konon.
Mama gopoh gapah mahu bawa Muhammad Hamka jumpa doktor, tetapi nombor giliran orang lain yang di panggil, nombor giliran Muhammad Hamka nombor 22 tetapi nurse panggil nombor giliran orang lain nombor 24.
Kena cucuk dan menangis kuat juga, boleh dengar sampai keluar tempat menunggu, hebat suara Muhammad Hamka.
Kenalah ada gambar Chek, asyik gambar mama saja yang ada dalam blog ini.
Chek menanti mama dengan penuh debaran kerana mama tengah gunting rambut, Muhammad Hamka baru lepas makan ubat deman. Tidur lena semasa parking dekat Jalan Taiping depan KFC.
Chek standby botol susu dengan susu 4 auns, takut-takut mama lambat sebab gunting rambut. Mana tahu Muhammad Hamka terjaga dan menangis mahu susu.
Berbuka puasa di rumah Tokma, sedap Tokma masak malam ini, lauk ikan keli berlada dan aneka jenis kuih-muih.
Sebelum pulang singgah ke rumah Mammy Liza hantar kuih daripada Tokma.
Nur Umairah Syamina happy lihat Muhammad Hamka datang dan bermain gembira dengan mama dan langsung dia tidak layan Chek, sebab dia baru bangun tidur, ada sedikit perasaan badmood.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan