Adsterra

Sabtu, 11 September 2010

Tok Teh

Assalamualaikum,
Melawat ke rumah Tok Teh memberi seribu ketenangan jiwa dan raga aku. Sejuk anak mata melihat flora dan fauna menghiasi halaman rumah Tok Teh, persekitaran sungguh bersih dan terjaga rapi. Tok Teh seorang yang rajin bercucuk tanam, tanaman yang disemainya semua tumbuh subur.

Rumah Tok Teh betul-betul bersebelahan Sungai Kurau, kawasan belakang rumah sudah terhakis kerana air sungai rapat ke tebing. Terima kasih kepada Kak Ina kerana bersusah payah memasak behon sup, lazat sungguh sampaikan aku tidak segan-silu tambah 2 kali.

Mustafazah pula merajuk sebab kena marah dengan Mak Long Ani kerana main panas, janganlah merajuk Mak Long Ani bergurau je. Saja menyakat anak buah, untuk lepaskan rindu. Siapa suruh main panas dekat luar rumah, lagipun sekarang musim orang sakit deman, batuk dan selsemal. Mak Long Ani takut Mustafazah tak sihat nanti.


Bersantai di rumah Tok Teh sambil tengok tv sungguh seronok, tidak sedar masa beredar dengan pantas. Mata aku hampir tertutup mahu terlelap, layan angin nyaman sempoi-sempoi bahasa menjamah tubuh badan. Kalau di layan mahu aku berdengkur di rumah Tok Teh ni.
Mama, Cik Yam, Tok Teh dan Kak Ina lepak dalam rumah manakala aku, isteri dan Mustafazah lepak dekat luar rumah bermain-main di halaman sambil tangkap gambar. Gembira sangat.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan