Assalamualaikum, alhamdulillah syukur ke hadrat illahi kerana dapat bertemu dengan Tok Bedah yang dikasihi dan disayangi.
Semoga Allah memberi kesihatan yang baik kepada Tok Bedah.
Terubat rindu kami apabila menatap wajah ceria Tok Bedah.
Dapat berkumpul dengan keluarga Pak Long Karim sangat seronok.
Bertempat di Kampung Redang Panjang perjalanan lebih kurang 45 minit dari pekan Batu Kurau.
Jelas kecerian diwajah Tok Bedah apabila kami sekeluarga datang bertamu kerumahnya. Bermacam cerita kami berkongsi dengannya.
Kebaikan dan kemurahan hati keluarga Pak Long Karim telah menyentuh hati kami sepanjang kami berada di rumah beliau. Sungguh menggembirakan dan ditemani oleh keluarga tersayang beliau. Terima kasih!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan