Adsterra

Khamis, 14 Oktober 2010

Aquarium Shah Alam Dengan Syakirin


Ambil angin ke Shah Alam kejap, boring asyik terperap je kat Klang. Mahu beli ikan hiasan, ikan lampan dan ikan jelawat yang aku bela semuanya sudah mati kerana air tercemar. Singgah makan dekat Plaza PKNS sambil tu cuci mata tengok awek-awek UITM.


Lepak dekat tepi tasik tengok budak-budak traning berkayak, kalau dapat memancing kat dalam tasik best jugak. Ikan dalam Tasik Shah Alam besar-besar. Kalau pakai umpan roti pun aku rasa jalan je, ikan-ikan dalam tasik ni semuanya lapar-lapar.
Ramai juga orang jogging dan beriadah di tepi Tasik Shah Alam ni, semua peringkat umur ada. Aku menuju ke kedai aquarium sebelah Wet World. Mak datuk mahal gila ikan-ikan kat sini, cecah rm ribuan. Emm dapat tengok pun jadilah, snap gambar 2, 3 keping lepas tu baliklah.
Teringin mahu makan kelah yang ada dalam aquarium, harga sekor rm1500.00. Mahal gila, tak jadi mahu beli. Nanti balik ke Termeloh aku mahu ajak Toki masuk hutan pergi memancing ikan kelah. Eiiii tak sabar rasanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan