Adsterra

Jumaat, 10 September 2010

Pregnancy Test

Hari akhir datang haid 26, Ogos, 2010. Mama datang bertandang ke rumah sebabnya aku sering rasa mual-mual hendak muntah, manakala Hubby pula kejap-kejap sakit, kena Chiken Pot, Suspek TIBI, demam berminggu-minggu tidak kebah aduhai dugaan apalah ini gerangannya.... Mama bagi aku alat pregnancy test, siap beli dekat farmasi, hebat Mama nie macam ada maksud lain gamaknya. Eeee, aku sebenarnya takut mahu guna alat ini, Hubby paksa juga suruh guna. Tup tap tup tap........
Hari Khamis, 9. September. 2010, barulah aku tahu, aku rupa-rupanya sedang mengandung. Patutlah rasa logam je mulut aku ini, pembawakan budak rupanya. Haiiiii, aku akan jadi ibu, macam manalah gayanya? Gembira bercampur berdebar, maklumlah akan tempuhi alam baru 9 bulan 10 hari lagi. Uwekkkkk... uwekkk.. uwekk. Alamak muntah lagi, aduh sakitnya urat perut ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan