Adsterra

Ahad, 4 Jun 2023

IOI City Mall / Events Lego

Raikan Persahabatan Dengan LEGO Di IOI City Mall / Events Lego.
LEGO telah memperkenalkan watak generasi baharu LEGO yang direka untuk meraikan kepelbagaian persahabatan di dunia masa kini.
Berlangsung dari 22 April sehingga 9 Jun 2023, LEGO mengadakan pelbagai pesta bersama LEGO seperti pertunjukan dan aktiviti dalam taman yang luar biasa.
LEGO dan kanak-kanak hari ini menghadapi pelbagai cabaran, halangan dan perbezaan di zaman moden untuk cuba memahami dunia di sekeliling mereka dan mewujudkan persahabatan baharu yang berpanjangan.
Pelbagai aktiviti untuk menggalakkan perkembangan emosi dan sosial anak-anak melalui permainan dapat membantu mereka untuk lebih memahami keperibadian dan kepelbagaian di kalangan mereka.
Permintaan permainan LEGO mendapat sambutan hangat ada diskaun yang disediakan.
Dapat bergambar dekat kapal karam dari filem Mermaid 2023.
Mama sangat suka bergambar dan sentiasa ceria dengan berposing.
Hari minggu yang sabgat padat dengan aktiviti. Penat jugak rasanya hari ini.
Events Lego sekali-sekala dan memang best dapat hadir ke sini.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan