Adsterra

Ahad, 4 Jun 2023

Spider-Man: Across the Spider-Verse 2023

 

Saya gembira dengan keluarga dan menikmati menonton Spider-Man: Across the Spider-Verse 2023! Filem tersebut adalah sekuel daripada Spider-Man: Into the Spider-Verse yang sangat popular, dan diharapkan dapat memberikan pengalaman dan menghiburkan.
Cerita filem ini akan melanjutkan petualangan Spider-Man dari pelbagai alam semesta, dengan elemen visual yang unik dan menarik. Setiap Spider-Man dari dimensi yang berbeza membawa keunikan mereka sendiri, dan ini dapat memberikan sudut yang segar dan menarik terhadap watak-watak yang kita cintai.
Kami bercakap lebih lanjut tentang filem ini dan berkongsi kesan-kesan khas antara satu sama lain. Ada babak yang sangat tidak faham tapi filem dia memang menakjubkan.
Kena tengok lagi sekali sebab jalan ceritanya sangat-sangat sukar untuk difahami oleh kanak-kanak bawah 12 tahun. Plot sangat laju dan sangat banyak dialog.
Animation 100% sangat menarik dan kami rasa filem ini akan menang anugerah di Hollywood.
Mungkin sebab lewat malam dan pengunjung sangat kurang dan kami dapat lihat filem dengan sangat selesa.
Semua mata terpaku dan terpesona semasa filem ditayangkan. Tidak lalu untuk ke tandas buang air kecil sebab plot cerita sangat padat dengan isi-isi penting yang mengelirukan.
Janji enjoy tengok spiderman.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan