Assalamualaikum, kami sekeluarga bermalam di Dorsett, Putrajaya.
Dorsett Putrajaya bagus dengan layanan mesra dan perkhidmatannya yang luar biasa.
Hotel ini mempunyai 305 bilik tamu.
Citra Rasa sebuah restoran makan sepanjang hari dengan pemandangan tasik yang indah sebagai latar belakangnya, serta Dorsett Cafe.
Kemudahan lain termasuk bilik mesyuarat pelbagai fungsi, bilik tarian dan kemudahan rekreasi dalam bentuk gimnasium atas bumbung dan kolam renang infiniti.
Permandangan sangat cantik dan luas mata memandang.
Hari minggu memang ramai orang check-in di sini dan menjadi tumpuan pelancong.
Banyak tapak parking dan mudah untuk letak kenderaan.
Persekitaran sangat bersih dan dijaga rapi setiap masa.
Masjid dekat dan boleh berjalan kaki untuk kesana.
Sebelah malam dapat bersiap-siap melihat lampu menerangi jalan raya dan bangunan yang mengcakar langit.
Ada pasar malam dan ramai peniaga sedang menjual makanan. Makanan beraneka jenis.
Pengalaman berada disini sangat seronok tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan