Adsterra

Khamis, 9 Mac 2023

Bomba

 

Assalamualaikum, hari ini anggota bomba datang ke sekolah untuk membuat pertunjukan tentang cara memadam kebakaran yang menlibatkan api.
Seramai 6 orang anggota yang bertugas untuk sebuah trak bomba mereka semua profesional.
Tatacara dan tunjuk ajar yang diberikan sangat bermafaat dan berkesan untuk sesuatu peristiwa yang berkait rapat dengan api dan kebakaran.
Demonstrasi yang diperagakan mengajar kami satu sekolah tentang bahaya api dan cara mencegahnya.
Trak bomba dilengkapi dengan tangga keluli, senapang air bai, alat pemadam api mudah alih, alat pernafasan serba lengkap, pakaian pelindung, alat pembongkaran, alat pertolongan cemas dan peralatan lain, dan ada juga yang akan dilengkapi peralatan pemadam api yang besar seperti tangki air, pam air, dan alat pemadam api. Bahagian atas trak api biasanya dilengkapi dengan siren penggera, lampu amaran dan lampu strob. 
Kami sangat teruja dan kagum dengan kecekapan yang ditunjukan oleh kesemua ahli bomba mereka sangat cekap dan pantas menjalankan tugas memadam api serta sangat efisien bekerja.
Syukur, Alhamdulillah dapat bergambar kenangan dengan anggota bomba bertugas. 
Terima kasih  atas jasa dan bakti semua anggota bomba seluruh Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan