Assalamualaikum, hari minggu kali ini kami sekeluarga telah pergi berkhemah ke PD Waterfront.
Destinasi pantai yang sangat menarik di Port Dickson, terletak di antara Bagan Pinang dan Pantai Cahaya Negeri. Lokasi yang strategik, persisiran pantai yang luas dan luas, menjadikannya popular untuk aktiviti layang-layang. Perkhemahan ialah satu lagi aktiviti keluarga kegemaran, dengan kemudahan tandas untuk mandian awam disediakan.
Terdapat tempat memancing dan tapak perkhemahan yang bagus dan menjadi hot spot kepada mereka yang suka pada aktivi ini.
Pantai bersih dan tidak terlalu dalam untuk mandi-manda dapar bersantai dengan penuh bahagia dengan ahli keluarga.
Suasana malam memang tidak pernah sunyi sentiasa ada orang lalu-lalang dan melakukan aktiviti bersama keluarga mereka.
Khemah kami biasa-biasa sahaja, cukuplah untuk 3 hari 2 malam bertapak disini. Dapat jiran yang baik dan ramah. Kebetulan ada sedikit hujan yang agak lebat turun pada malam hari tetapi semua itu tidak memudaratkan perkhemahan kami.
Kepada mereka yang suka buang sampah merata-rata di mana tempat dan lokasi anda memang seorang yang penting diri sendiri, pengotor dan kurang ajar berkemungkinan besar anda seorang yang sangat bodoh atau tolol. Membuang sampah adalah amalan yang terkutuk dan dimurkai oleh semua orang yang waras. Anda yang suka membuang sampah merata-rata dan tidak kemas serta bersih sampah-sarap anda boleh dikategorikan sebagai gila atau tidak waras dan cacat otak.
Sekian.