Adsterra

Isnin, 2 Januari 2017

1 Januari 2017

Assalamualaikum. hari ini kami sekeluarga pergi daftar Muhammad Hamka ke Tadika Hira untuk kemasukkan tahun 2017.
Institusi Pendidikan Hira' (IPH atau IPHira') merupakan sebuah institusi pendidikan yang menyediakan pendidikan yang seimbang dan bersepadu yang terletak di Selangor, Malaysia.
 IPH menawarkan sistem pendidikan Islam yang merangkumi kurikulum akademik, deeniyyah (agama), kegiatan ko-kurikulum dan aktiviti-aktiviti luar darjah bagi membentuk para pelajar dengan keperibadian muslim yang unggul. 
Institusi Pendidikan Hira' telah ditubuhkan pada 1985 dengan hanya sebuah sekolah rendah. 
Kini setelah lebih 30 tahun penubuhannya, terdapat 2 buah sekolah rendah, sebuah sekolah menengah, sebuah maahad tahfiz dan 3 buah tadika telah berjaya ditubuhkan.

Tenaga pendidikan Hira' yang sedia ada telah berpengalaman dan dirasakan mampu menyebarkan Falsafah Pendidikan Hira' untuk dirasai oleh masyarakat.

Setiap tahun kemasukan murid tahun satu di Batu Belah terlebih daripada kemudahan kelas yang disediakan iaitu 80 hingga 100 murid.
Memberi peluang kepada pelajar-pelajar SRI yang tidak mahu tinggal di asrama tetapi ingin meneruskan pengajian mengikut kurikulum pendidikan Hira'.

Sekolah Rendah Islam Hira’ (SRIH) telah ditubuhkan pada tahun 1985 dan berpindah ke Kg. Batu Belah Klang pada 1987 hingga sekarang. SRIH telah berdaftar dengan JAIS pada tahun 1993 (No:002/1dibawah Enakmen no .2 1988) dan dengan KPM pada tahun 1999 (No: Sel/ 1694/ 99) Baru (B1C 0039). 

Pada tahun 2003, sekali lagi SRIH telah didaftarkan semula dengan JAIS dengan pendaftaran sementara di bawah Enakmen No.2 1988 Pindaan No.7 2001. SRIH menjalankan sistem pendidikan bersepadu dengan KBSR dan kurikulum diniyyah (MGBSIM/MUSLEH) serta Kurikulum Bersepadu Hira’. 

SRIH mula mengambil UPSR pada tahun 1995 hingga sekarang . 
Dalam bidang ko-kurikulum murid tahap 2 diwajibkan mengikuti pakaian seragam Pergerakan Syabab Fatayat Malaysia ( MGBSIM ) dan boleh memilih untuk terlibat dalam persatuan dan kelab seperti Kelab Nasyid dan Kompang, Tae Kwan do dan Silat Gayong.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan