Assalamualaikum, hari ini pada pukul 4:00 pagi mama bangun kencing. Mama rasa badan Muhammad Hamka panas. Suhu mencecah sehingga 39°. Panik Chek dan Mama. Semoga Muhammad Hamka segera sembuh. Aamiin.
Doktor beritahu Muhammad Hamka kena Radang Tonsil.
Tonsil adalah gumpalan tisu limfoid (sub-epitelium) yang terletak di bahagian tekak (orofarinks). Setiap manusia mempunyai 2 biji tonsil. Tonsil berbentuk bujur dan terletak di dinding sisi tekak (orofarinks) di antara tiang anterior (“anterior pillar”) dan tiang posterior (“posterior pillar”).
Saiz sebenar tonsil adalah lebih besar dari apa yang kita dapat lihat. Ini adalah kerana ianya memanjang ke arah lelangit, memanjang ke arah pangkal lidah dan memanjang ke arah lengkung palatoglosal di sisi.
GEJALA: Sakit tekak Sukar menelan Demam panas – 38°C hingga 40°C, seram sejuk dan menggigil Sakit telinga – disebabkan oleh “referred pain” (sakit yang berasal di tekak tetapi turut dirasai ditelinga kerana mempunyai saraf yang sama) atau disebabkan oleh komplikasi tonsillitis seperti jangkitan kuman di telinga tengah (Otitis media akut). Gejala lain – sakit kepala, lemah tubuh, sakit badan, sembelit, hilang selera makan, sakit perut (limfadenitis mesentrik).
Semoga Allah memberi kesembuhan pada anakanda kami Muhammad Hamka, amin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan