Promenade Hotel Apartments tempat kami menginap 2 malam semasa di Bandar Kota Kinabalu. Tengah berkemas mahu berangkat pulang ke Semenanjung Malaysia.
Singgah Muzium Sabah, belajar sikit tentang hal ehwal Negeri Di bawah Bayu yang sebelum ini telah ditubuhkan pada tahun 1965 pada rumah kedai di Gaya Street, Kota Kinabalu.
Kesian Muhammad Hamka takut mahu masuk ke dalam muzium.
Cuci mata sambil menikmati hasil seni yang agung.
Panas terik sebab cuaca macam mahu hujan lebat.
Muzium Sabah adalah muzium yang terdapat di negeri Sabah, Malaysia. Ia terletak pada 17 hektar tanah di Bukit Istana Lama di Kota Kinabalu. Di dalam kawasan kompleks ini juga terdapat taman etnobotani, zoo dan sebuah kampung warisan. Bangunan utama menempatkan galeri seni. Terdapat juga galeri lain yang menempatkan tentang tamadun Islam, arkeologi dan sejarah.
Misi utama muzium ini ditubuhkan adalah untuk mengumpul, memelihara dan memulihara dokumen etnografi, arkeologi, sejarah, numismatik, seni-sejarah, botani, koleksi zoologi dan mineralogi dari seluruh negeri, dan bagi menjalankan penyelidikan tentang pentingnya bagi mengetahui sejarah negeri ini, budaya, dan sejarah sosial.
Waktu melawat: 9:00 pagi sehingga 5:00 petang. Harga tiket untuk masuk dari RM2.00.
Puan ronda muzium kami bergegas ke airport untuk berangkat pulang.
Shopping sikit-sikit, beli coklat dan minyak wangi.
Dalam pesawat Muhammad Hamka seronok sangat berborak dangan Mama.
Jom kita terbang ke angkasa raya.
Terbang dan terbang pulang.
Ada umur dan ada rezeki lain kali kami datang lagi.
Adsterra
Selasa, 8 April 2014
Isnin, 7 April 2014
Bandar Kota Kinabalu
Jalan-jalan ke Pasar Mutiara dan Pasar Filipina, jumpa akar kayu tongkat ali yang asli dari Gunung Kinabalu.
Makan besar Jiji belanja dekat Hotel Hyatt Regency Kinabalu.
Jumpa ikan marlin tapi sudah keras kematu kena sumpah jadi batu ditengah bulatan Kota Kinabalu.
Menikmati udara laut yang bergelora.
Cuaca nyaman dan redup.
Speed Boat prebet sapu.
Lihatlah permandangan yang unik di Water Front Kota Kinabalu.
Perkampungan 6 Jahanam
Semua penduduk tinggal menetap diatas air.
Kebetulan ada pelancong dari China kena culik, kami tawakal sahaja pada Allah.
Muhammad Hamka berdengkur idur disapa angin laut.
Kota Kinabalu Jetty Jesselton Point, mahu ke pulau kena ambil feri di sini.
Hujan renyai-renyai menyapa kami.
Layan kerenah Muhammad Hamka yang kepenatan.
Main Ultraman sampai stress semua orang sebab bunyi bising.
Ada game Futsal.
Dalam kenangan terindah. Tidak tahu bila akan sampai di sini lagi.

Ahad, 6 April 2014
Desa Cattle Dairy Farm
Ladang ternakan lembu Desa Dairy Farm di Mesilau Kundasang. Seperti berada di New Zealand. Boleh melihat cara susu diperah dan memberi makan lembu dan kambing. Dijual susu segar dan cenderamata. Dibuka setiap hari dari 8 pagi - 5 petang. Bayaran masuk: Dewasa RM4.00 Kanak-kanak RM2.00.
Perjalan ke sini memang mencabar, jalan berbukit memang tinggi. Kalau gayat tentu tidak boleh pandu dengan lancar.
Masa sampai di sini waktu panas terik yang mencengkam, angin memang kuat dan kurang terasa sejuknya.
Ambik gambar dekat pintu gerbang memang panas sungguh cuaca hari ini.
Permandangan jangan ceritalah, macam duduk dekat New Zeland.
Banyak lembu dan kambing di ternak di sini.
Nasib baik kasut Muhammad Hamka tidak hilang sebab dia tinggal merata-rata.
Makan tengahari dulu sebab Muhammad Hamka dah lapar.
Masa ini memang panas, hanya Allah saja yang tahu.
Hanya padang rumput di kaki Gunung Kinabalu.
Pekerja sedang menjalankan tugas berjalan kaki.
Muhammad Hamka langsung tidak mahu berjalan, asyik mahu berdukung sahaja. Penat kami.
Mama hanya tangkap gambar sahaja.
Lega baru lepas berak.
Tagal Sungai Moroli
Tagal Sungai Moroli yang terletak di Kampung Luanti Baru, Ranau. Kira-kira 10 km dari Pekan Ranau. Kalau dari Kota Kinabalu kira-kira 131 km. Perjalanan 2 jam 40 minit dari Kota Kinabalu ke tempat ini.
Bayangkan jika anda mandi di sebatang sungai, kemudian datang ikan-ikan yang jinak bermain-main dan mengerumuni anda. Ikan-ikan itu nampak ramah dan bersahabat. Ia boleh mengelus-elus badan anda. Kalau tak percaya, datanglah ke Kampung Luanti Baru , kira-kira 10 km dari Pekan Ranau. Kampung Luanti Ranau yang kini menjadi salah satu destinasi pelancongan yang menarik kerana kewujudan pelbagai jenis ikan yang ramah itu, terkenal kerana sistem `tagal' yang diamalkan oleh penduduknya. Bahkan Kampung Luanti Baru pernah memenangi pelbagai anugerah di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Antaranya Anugerah River Cruise Award, Global Environment Centre, Anugerah Sistem Tagal dan sebagainya.
Ini dia harga untuk masuk ke tempat ini.
memang tempat yang wajib bagi peminat ikan air tawar untuk datang bertandang ke sini.
Geli geleman apabila diurut dan dibelai oleh ikan kelah dari dalam sungai ini.
Mama berani dan langsung tidak geli macam Chek yang sememangnya seorang penggeli.
Muhammad Hamka lagi kelakar langsung tidak mahu kakinya disentuh oleh ikan-ikan di sini.
Air sungai yang dingin serta jernih yang dijaga rapi daripada sampah sarap. Memang tempat ini sesuai untuk terapi minda yang kerunsingan.
Acah saja yang lebih pegang memang tidak berani sangat sebab geli geleman.
Kalaulah boleh ambil bawa pulang seekor dan goreng tentu sedap dimakan.
Muhammad Hamka tidak lepas peluang untuk mandi di sini.
Ramai pengunjung dan masa yang dihadkan adalah 15 minit untuk 1 1 kumpulan.
Panas memang panas tapi keseronokkannya mengatasi rasa panas terik.
Besar-besar dan saiz ikan gred AAA, memang menyeliurkan. Rasa nak tangkap je.
Beli durian Sabah dan makan di ladang teh.

Bersantai sambil makan durian dan menikmati permandangan ladang teh.
Mama makan durin 1 ulas sahaja sebab mama tak suka makan durian.
Muhammad Hamka memang gemar durian, tak tahu berapa ulas dia makan. Bagi dia telan dan telan.
Langgan:
Ulasan (Atom)

.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)

.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)